Bagaimana Untuk Memenangi Hati Mertua

Di antara perkara yang memeningkan kepala di dalam perkahwinan adalah bagaimana untuk serasi dengan keluarga mertua. Ini mungkin merupakan cabaran pertama di dalam alam perkahwinan dan jangan sesekali anda memandang remeh tentang hal ini kerana masalah dengan mertua boleh mempengaruhi keharmonian rumah tangga anda. Tip di bawah ini sememangnya selalu diabaikan oleh kebanyakan orang. Take note ya!

 UNSUR SEKS DI DALAM IKLAN >>

Contohi Anak Kesayangan Mereka

Ibu bapa akan menafikannya tetapi secara senyap-senyap mereka ada anak kesayangan. Cuba rapat dengan anak emas mereka dan perhatikan apa yang membuatkan ibu dan bapa mertua anda melebih-lebihkannya. Bonus untuk anda sekiranya anak emas ibu dan bapa mertua menceritakan kebaikan anda kepada mereka.

‘FLIRTING’ MAMPU MENGURANGKAN KELESUAN? >>

Komunikasi Berkesan

Kalau anda tanya sepatah, mereka jawab sepatah, itu bukanlah cara yang betul untuk berkomunikasi bersama ibu atau bapa mertua. Berita semasa atau politik merupakan di antara topik kegemaran orang tua. Sekiranya mereka buat lawak ketika berbual, walaupun tidaklah begitu menggelikan hati, jangan lupa gelak! Ia menunjukkan penghargaan anda kepada usaha mereka yang juga cuba untuk serasi dengan anda.

BOS LELAKI VS LADYBOSS >>

Hormat Cara Mereka

Setiap ibu bapa ada cara mereka yang tersendiri untuk membesarkan anak-anak. Mungkin ibu dan bapa anda lebih liberal dan keluarga pasangan lebih konservatif. Hormat tradisi mereka serta cuba menyesuaikan diri anda dengan cara mereka. Sekiranya keluarga mertua sudah biasa bangun pagi dan sarapan bersama, cubalah sedaya upaya untuk bangun pagi dan menyertai mereka.

BAGAIMANA UNTUK MENANG DI DALAM PERPISAHAN? >>

Buat Mereka Rasa Penting

Dalam membuat keputusan besar di dalam kehidupan, jangan sesekali melupakan ibu bapa mertua anda. Sekiranya anda mendapat kerja baru atau mahu membeli rumah, pandangan orang yang lebih berpengalaman dapat membantu anda membuat keputusan. Minta pendapat mereka kerana dengan cara ini mereka dapat merasakan yang mereka juga penting di dalam kehidupan anda.

Komen Anda

*