Berapa Kali Seks Untuk Seminggu?

Share on Facebook2Tweet about this on Twitter8Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Perhubungan seksual suami isteri sememangnya bagus dari segi mental dan fizikal untuk pasangan dan manfaatnya bergantung kepada frekuensi perhubungan tersebut di dalam seminggu.

 BAGAIMANA KAMAR TIDUR PERBAIKI KEHIDUPAN SEKSUAL ANDA >>

Sekali Seminggu Untuk Tidur Sempurna

Menurut Ahli Antropologi di Universiti Rutgers, New Jersey, Helen Fisher, seks membuatkan otak anda merembesoxytocin yang boleh meningkatkan waktu dan kualiti tidur anda. Selain itu, lebih tidur bermaksud kurangnya rasa lapar sekali gus membantu anda mengurangkan berat badan.

SEBAB SEKS KETIKA HAMIL DIGALAKKAN >>

Dua Kali Seminggu Untuk Kesihatan

Pasangan yang melakukan hubungan seks dua kali seminggu mempunyai 30 peratus lebih protein immunoglobulin A yang berupaya untuk melindungi anda daripada jangkitan penyakit. Kajian turut menunjukkan mood yang terhasil selepas hubungan seks memainkan peranan yang penting untuk anda kekal sihat.

Tiga Kali Seminggu Untuk Jantung

Menurut kajian dari Universiti Bristol, seks tiga kali seminggu mengurangkan 50 peratus risiko serangan jantung kerana seks membantu kadar denyutan jantung sekali gus memperbaiki pengaliran darah di dalam badan.

SEJAUH MANA ANDA PERLU CEMBURU >>

Empat Kali Seminggu Untuk Awet Muda

Kajian oleh Hospital Royal Edinburgh telah menunjukkan pasangan yang melakukan hubungan seks empat kali seminggu akan kelihatan empat sehingga tujuh tahun lebih muda daripada pasangan yang kurang melakukan hubungan seks. Ini adalah kerana, seks menghasilkan hormon pertumbuhan manusia yang membantu mengurangkan lemak badan dan membantu memberikan kulit yang cantik.

Lima Kali Seminggu Untuk Prestasi Kerja

Seks yang dilakukan sebanyak lima kali seminggu mampu meningkatkan tenaga, keyakinan, fokus dan kreativiti sekali gus membuatkan anda lebih positif dan mempunyai perkahwinan yang lebih bahagia. Semua ini membantu anda melakukan kerja dengan lebih baik di pejabat.

SANGGUPKAH LELAKI MENELAN PIL PERANCANG LELAKI? >>

Enam Kali Seminggu Untuk Menjadi Lebih Pandai

Seks menggalakkan pengaliran darah ke otak dan merembes hormon yang mampu meningkatkan daya intelektual anda. Bukan itu sahaja, menurut kajian, seks sebanyak enam kali seminggu mampu mewujudkan sel-sel otak yang baru.

Tujuh Kali Seminggu Untuk Kurangkan Stress

Seks setiap hari mampu mengurangkan tekanan. Menurut seorang doktor di California, seks yang kerap boleh mengurangkan rasa bimbang kerana ia menghasilkan endorfin. Ia juga mampu memperbaiki mood anda untuk menjadi lebih gembira.

Share on Facebook2Tweet about this on Twitter8Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*