Beyonce Lip-Sync di Inaugural Ball Presiden Obama?

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+8Email this to someonePin on Pinterest0

United States Presidential Inaugural Ball merupakan upacara rasmi untuk menyambut pelantikan presiden baru negara itu dan kali ini presiden Barack Obama berpeluang untuk meraikan kemenangannya buat penggal kedua dan juga yang terakhir untuknya.

 Gambar: TPGNEWS

Antara yang menjadi perhatian pada setiap Inaugural Ball adalah persembahan artis popular pada malam tersebut. Kali ini Jennifer Hudson, Stevie Wonder dan Alicia Keys diberi penghormatan untuk menghiburkan jemputan. Namun yang menjadi talk-of-the-town dalam upacara itu adalah penyanyi yang bersuara lunak, Beyonce.

 Gambar: TPGNEWS

Beyonce dipertanggungjawabkan untuk menyanyikan lagu kebangsaan Amerika pada malam itu mengikut versinya sendiri. Namun, dia dikatakan tidak menyanyi secara live. Berita ini sememangnya sangat mengejutkan dan mengecewakan kerana rata-rata tahu kemampuan vokal Beyonce. Menurut pemuzik yang mengiringi persembahan pada malam tersebut, mereka mendapat tahu Beyonce memilih untuk diiringi muzik yang telah direkodkan daripada diiringi pemuzik secara langsung di saat-saat akhir.

Gambar: TPGNEWS

Beyonce dikatakan tidak selesa untuk diiringi oleh pemuzik untuk persembahannya pada malam itu kerana tidak melalui sesi latihan bersama mereka sebelum persembahan sebenar.

KOLABORASI JAY-Z DAN JT >>

ALICIA KEYS BELA KANAK-KANAK HIV >>

KENALI BEYONCE MALAYSIA >>

RITA ORA ANTARA YANG TERBAIK TAHUN INI? >>

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+8Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*