Cara Pencucian Pakaian yang Betul

Kami ingin bertanya, bagaimana anda mencuci baju setiap minggu? Pasti hanya memasukkan kesemuanya ke dalam mesin basuh dan cuci, betul? Patutlah baju anda cepat rosak. Sekiranya anda sayangkan baju anda, kesemua tip di bawah ini harus anda ikuti.

Baca Label

Setiap kali anda membeli pakaian, baca labelnya terlebih dahulu. Sekiranya pakaian tersebut memerlukan anda menghantarnya ke kedai dobi untuk cucian kering, fikirlah dua kali sebelum membeli sekiranya anda bukan seorang yang rajin menjaga baju. Seelok-eloknya anda membasuh pakaian mengikut labelnya, adakah ia memerlukan air panas atau air sejuk untuk membasuhnya? Adakah hanya sesuai untuk cucian tangan? Apakah panduan seterika untuk baju tersebut? Ini penting untuk memanjangkan hayat pakaian anda.

CARA PELIK MENCUCI KERETA >>

Pakaian Dalam

Sebenarnya, sebaik-baiknya pakaian dalam anda harus dicuci tangan. Sekiranya anda agak malas melakukannya, beli net pakaian khas untuk membasuh pakaian dalam anda dan pastikan tetapan mesin basuh anda adalah delicate. Seelok-eloknya gunakan sahaja pelembut pakaian sahaja dan elak menggunakan sabun pencuci seperti peluntur ketika mencuci pakaian dalam anda.

KEGUNAAN BAJU PENGANTIN PADA MASA HADAPAN >>

Seluar Jean

Cara sebenar mencuci seluar jean sebenarnya adalah dengan meletaknya di dalam peti beku rumah anda. Menurut jurucakap Levi’s, ini akan membunuh kuman yang membuat seluar jean anda berbau. Mungkin ramai yang tidak menggemari cara ini. Oleh itu sekiranya anda mahu mencuci seluar jean dan melambatkan warnanya daripada pudar, terbalikkan seluar jean anda, gunakan sedikit sabun pencuci sahaja dan tetapkan suhu air kepada 30 darjah.

WARNA KETENANGAN UNTUK DINDING RUMAH >>

Fabrik Chiffon, Bermanik atau Berlabuci

Mungkin pakaian sebegini leceh untuk dijaga tetapi menjadi pilihan ramai kerana cantik pabila dipakai. Untuk pakaian yang bermanik atau berlabuci, lebih baik anda hantar ke kedai dobi sahaja untuk cucian kering. Kepada penggemar sifon, lebih baik baju anda dicuci tangan untuk mengelakkannya daripada cepat rosak.

NAK KURUS? HIDU SAHAJA MAKANAN INI >>

Fabrik Berwarna Terang

Asingkan pakaian mengikut warnanya. Jangan campurkan baju yang berwarna terang dengan baju putih kerana ia akan merosakkan baju putih anda apabila warna baju yang lain turun ke baju putih anda.

Komen Anda

*