Eksklusif: Bicara EH! bersama Pereka Haruman Dior

Jika bercakap tentang haruman Dior yang satu ini, kita sering mengaitkannya dengan kemewahan dan kewanitaan. Rona emas yang membaluti bentuk fizikalnya menjelaskan segala-galanya. Ikuti temu bual EH! bersama pencipta haruman Dior, Francois Demachy.

Ayah anda adalah seorang ahli farmasi di Grasse, pernah atau tidak dia berbual dengan anda tentang Dior?

Ayah saya membuat cologne nya sendiri. Saya membantu menyediakan paket di sebuah bilik di farmasi. Saya mengadun alkohol dan pati eau de Cologne. Dia juga membuat minyak Bergamotnya sendiri. Kesimpulannya saya terlibat dalam memilih dan menentukan dos bahan-bahan tertentu. Salah seorang klien besarnya ialah Edmond Roundnitska, pembuat haruman Dior. Kali pertama saya menghasilkan haruman sendiri pada 1980, dia mengirim surat puji-pujian kepada saya.

 

Boleh anda terangkan tentang J’adore L’absolu?

Jika Eau de Parfum dilihat sebagai titik permulaan, jadi versi ini adalah yang lebih pekat. Ibarat beralih dari palette knife painting kepada lukisan minyak. J’adore L’absolu menambah lebih ‘tekstur’. Nama “L’absolu’ itu sendiri membuktikan bahawa kami mahu menggunakan bahan yang lebih berkualiti berbanding eau de parfum.

 

Apakah rona yang anda bayangkan tentang J’adore L’absolu?

Emas.

 

Bagaimanakah anda bekerja?

Saya bekerja sendirian tetapi saya berikan pada semua untuk mencuba.

 

Adakah mengembara penting bagi pekerjaan anda?

Ya, mengembara membawa anda bertemu para pencipta. Saya ke Calabria di Sicily setiap tahun. Saya juga ke India. Selain bekerja, saya juga ke sana untuk melihat bunga-bungaan di pasara bunga berdekatan Madras, khususnya tuberose. Bunga adalah kunci budaya orang India.

 

Untuk berlibur, ke manakah anda pergi?

Saya ke kepulauan India. Juga ke Madagascar dan Nosy Be. Saya juga jenguk ke Oman. Haruman tercipta di sana. Mereka cukup memahami haruman.

 

CORAT-CORET PERCUTIAN SAZZY FALAK >>

Komen Anda

*