Farish Aziz

Penyelaras / teks / penata gaya: Hafizan Mohd

Foto: Lei

Arahan seni: Nurul Alias

 

Lama juga kita tidak mendengar cerita tentang bekas pengacara Ronda 360° dan Durian Runtuh ini. Namun bagi penggemarnya di Sabah, nama Farish masih lagi antara yang menjadi bualan hangat. Masakan tidak setiap pagi suara Farish menjadi peneman pendengar setia stesen radio Suria Sabah yang dikendalikan. Selain itu, Farish turut membuka perniagaan berasas pakaian di Kota Kinabalu di bawah label 1984 Jesselton. Khusus buat tatapan pembaca EH! kami bawakan perkhabaran terbaru pemilik nama Mohd Farish Aziz Sulaiman ini.

 

PERKARA TERBAIK 2012

Menjadi tahun kedua bergelar suami dan penyampai radio buat stesen Suria FM Sabah merupakan pengalaman yang hebat buat saya. Selain itu, pengalaman menyertai Fear Factor Malaysia di Cape Town juga sesuatu yang tidak akan saya lupakan.

 

HARAPAN 2013

Agar terus relevan dalam industri, mengembangkan bisnes, ingin aktif mengacara dan mungkin juga bergelar bapa.

 

PERKARA TERBAIK BERGELAR SUAMI?

Membuat saya lebih matang dalam berfikir dan selalu meletakkan keluarga sebagai kepentingan utama. Dan yang pasti semua sifat malas atau sambil lewa sebelum berkahwin akan lenyap kerana sudah mula memahami apa itu tanggungjawab.

 

DEFINISI KEHIDUPAN SEMPURNA BAGI ANDA?

Sentiasa bersama keluarga, peluang kembara melihat dunia dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

 

KELEMAHAN DIRI YANG ANDA MAHU PERBAIKI?

Dapat membuang sifat terlalu merendah diri dan terlalu berfikir perkara yang bukan-bukan.

 

CARA ANDA MEMULAKAN HARI YANG BAIK?

Ada satu perumpamaan dalam sukan bola sepak iaitu “Your first touch is always important” dan saya percaya pada kata-kata itu. Hari yang baik harus bermula dengan sesuatu yang positif sedari awal kita bangun dari tidur. Senyum, doa dan lupakan perihal negatif.

 

SERONOK BERGELAR PENYAMPAI RADIO?

Sebetulnya di Suria FM Sabah bukanlah percubaan pertama. Tahun 2007 saya pernah bersama Era FM namun bersama Suria memberi pengalaman berbeza. Selain menyampai saya juga bertindak sebagai penerbit buat program Ceria Pagi Kinabalu. Apa yang lebih menarik saya berpeluang berbicara dalam dialek Sabah.

 

OBSESI ANDA?

Mengembara! Saya sangat suka travel kerana dengan cara ini saya belajar tentang budaya dan cara hidup. Antara yang paling menarik perhatian saya adalah Robben Island, Cape Town dan 2013 saya bakal ke Nepal. Selain itu, saya juga obsess dengan aplikasi Instagram!

 

TENTANG 1984 JESSELTON

Awalnya ia hanya sekadar bual kosong bersama tiga rakan baik saya. Disebabkan kami sukakan fesyen dan gemar bergaya, timbul idea membuka butik ini memandangkan di Kota Kinabalu masih tidak banyak butik konsep begini. 1984 Jesselton menghimpunkan jenama seperti Happy Socks, Tarik Jeans, Superga, Veja Mimpi Kita dan lain-lain.

 

APA LAGI YANG ANDA INGIN LAKUKAN DALAM HIDUP?

Menjadi seorang bapa, sentiasa dapat membahagiakan keluarga dan meluaskan lagi bidang niaga yang diusahakan sekarang. Jika berpeluang saya mahu menyambung pelajaran dan mengambil lesen kejurulatihan bola sepak.

 

8 LELAKI YANG WANITA JAUHI >>

Komen Anda

*