Fasha Sandha Bakal Lahirkan Bayi Lelaki

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Gembira sungguh kami membaca kenyataan Fasha Sandha di dalam akhbar Harian Metro yang mengatakan dia bakal melahirkan seorang bayi lelaki pada penghujung bulan Mac atau awal bulan April. Fasha yang berkahwin dengan Rizal Ashram pada 27 April 2012 kini sedang sarat mengandung lapan bulan.

NOSTALGIA PERKAHWINAN DATIN SOFEA JANE >>

Gambar: instagram Fasha Sandha

ZIZAN KAHWIN TAHUN DEPAN >>

Apa yang lebih menggembirakan mereka berdua ialah mereka sememangnya mahukan anak lelaki sulung kerana boleh berkawan dengan anak pertama Rizal, hasil perkahwinannya dengan Nora Danish, Putra Rayqal Ramli yang kini berusia empat tahun. Menurut Fasha lagi, anak lelaki sulung boleh menjaganya dan adik beradik yang lain di masa hadapan.

NELYDIA PENYEBAB PERPISAHAN QI DAN YUNA? >>

Gambar: instagram Fasha Sandha

HANS DAN LOFA BINCANG SOAL KAHWIN >>

Mengimbas pengalaman Fasha ketika mengandung di trimester pertama, dia mengalami alahan yang agak teruk terutama sekali apabila menggunakan ubat gigi dan suaminya pula mengidam makanan yang pelik-pelik. Suaminya turut menghalang Fasha daripada berlakon kerana bimbangkan keadaan kesihatannya. Walaubagaimanapun, ada peminat yang agak keliru dengan kandungan Fasha yang dikatakan bunting pelamin tetapi masih lagi belum melahirkan anaknya. Kalau nak diikutkan, kandungannya kini sudah mencecah 11 bulan!

Kami berharap proses kelahiran Fasha kelak berjalan dengan lancar dan selamat.

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*