Hanya bermula dengan kemeja-T, kini rekaan Henry Holland pantas merentas kota-kota utama dunia. Khairul Abidin berpeluang menemu bual pereka tinggi lampai ini. ‘I’ll Tell You Who’s Boss, Kate Moss’ itu antara kata-kata nan tercetak pada kemeja-T ciptaannya yang menangkap mata. Malah kemeja-T bercetak kata-kata tersebut menjadi koleksi paling laris. Henry Holland, pereka fesyen British ini sememangnya terkenal dengan kemeja- T yang berinspirasikan era 80-an. HOUSE OF HOLLAND Pada 2007 menyaksikan tertubuhnya House of Holland. Bermula dengan kemeja-T
dan pertunjukan fesyen kecil di pinggir bandar, perlahan-lahan helaian ciptaan Holland mendapat tempat di hati peminat fesyen Britain. Ditambah pula hubungan rapatnya dengan model meningkat waktu itu, Agyness Deyn, populariti Holland naik mendadak. Malah Agyness yang menggayakan kemeja-T House of Holland saat ia mula diperkenalkan kepada khalayak. House of Holland mula mementaskan koleksinya di pentas fesyen pada 2007, iaitu koleksi musim luruh/ dingin. Rekaan kemeja-T dengan cetakan kata-kata memenuhi hampir kesemua koleksi ini. Pada koleksi musim bunga/ panas 2008 barulah Holland mempelbagaikan rekaannya. *sila rujuk majalah untuk selanjutnya.


