Syawal tiba lagi, busana menanti

Syawal tiba post Syawal tiba lagi, busana menantiTiada apa yang menggembirakan selain bertemu sanak saudara di Aidilfitri. Apatah lagi busana indah yang menyarung tubuh melengkapkan lagi warna-warni suasananya. Seringkas mana sekalipun, berikan sedikit sentuhan anggun bagi mencipta persona si ayu.

Nurita Harith

Nurita Harith
“Untuk mereka yang berjiwa lembut, chic dan elegan”

Rona pastel menjadi pilihan pereka jelita, Nurita Harith bagi koleksi busana raya kali ini. Disulami elemen rekaan kaftan, baju kurung Kedah dan gaun labuh, setiap busananya tidak lari daripada imej nan lembut dan feminin. Perincian tidak sarat pula menambahkan lagi gaya eksklusif si pemakai. Biarpun tidak beraksesori, busana Nurita sudah memadai dengan solekan natural dan sepatu yang menawan.

nurita1 post Syawal tiba lagi, busana menanti nurita2 post Syawal tiba lagi, busana menanti nurita3 post Syawal tiba lagi, busana menanti

Zery Zamry

Zery Zamry
“Untuk mereka yang berperwatakan berani”

Berbeza dengan rona pilihan Nurita, cetusan warna yang kuat memancar dari koleksi pereka yang gemar memasak, Zery Zamry. Menggunakan fabrik satin, setiap rekaannya diberi sentuhan kontemporari tetapi masih tidak lari daripada elemen tradisional. Perincian di bahu pula seolah-olah menjadi statement bagi pereka ini. Aksesori? Hanya kelopak bunga disanggulkan and you’re ready to go! Pastinya koleksi Zery lebih menyerlah pada malam hari, tatkala bertandang ke rumah sanak saudara.

zery2 post Syawal tiba lagi, busana menanti zery3 post Syawal tiba lagi, busana menanti zery4 post Syawal tiba lagi, busana menanti zery5 post Syawal tiba lagi, busana menanti zery6 post Syawal tiba lagi, busana menanti zery post Syawal tiba lagi, busana menanti

 

Alia Bastamam

Alia Bastamam
“Untuk mereka yang sukakan gaya effortless”

Masih terasa imbasan resort dalam helaian koleksi Raya milik pereka, Alia Bastamam kali ini. Gaun toga, padanan top dengan skirt juga baju kurung Kedah menghiasi rekaan pereka lulusan Institut Senireka Raffles Malaysia ini. Perincian berasaskan bunga diiringi rona bertemakan alam hijau barangkali menjadi inpirasi dalam himpunan helaian ini. Apa yang pasti, elemen moden begitu ketara dalam memberikan kelainan terhadap rekaan tradisional yang dipakai sejak berabad lalu.

alia2 post Syawal tiba lagi, busana menanti alia3 post Syawal tiba lagi, busana menanti alia4 post Syawal tiba lagi, busana menanti alia5 post Syawal tiba lagi, busana menanti alia6 post Syawal tiba lagi, busana menanti alia post Syawal tiba lagi, busana menanti

 

Nik Erwan Rosli

Nik Erwan Rosli
“Untuk mereka yang berjiwa kreatif dan sentiasa ceria!”

Rekaan penuh segar, ceria dengan motif unik begitu ketara dalam koleksi pereka, Nik Erwan Rosli. Biarpun padanan baju dengan kain adalah kontras daripada segi warna, namun gayanya tetap menampakkan imej moden dalam busana tradisional. Cukup sekadar menjadikan potongan baju kurung sebagai ilham utama, namun sulaman perincian yang unik mengindahkan lagi busana baju kurung yang kosong. Sesuai dengan citarasa generasi muda yang sukakan kelainan dalam potongan tradisional.

nik2 post Syawal tiba lagi, busana menanti nik3 post Syawal tiba lagi, busana menanti nik4 post(1) Syawal tiba lagi, busana menanti nik5 post Syawal tiba lagi, busana menanti nik6 post Syawal tiba lagi, busana menanti

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*