4 Blogshop Kraftangan dan Deko Pilihan EH!

KREATIF DAN UNIK! Dua perkataan ini dipilih kerana segala produk yang dijual di kelima-lima blogshop pilihan ini sememangnya menarik perhatian. Apa yang hebat, mereka menghasilkan sendiri produk mengikut kreativiti yang berbeza. Ayuh, scroll down untuk melihat rangkaian blogshop kesukaan EH!

 

http://oh-and-ah.com

katak1 post1 4 Blogshop Kraftangan dan Deko Pilihan EH! caterpillar post2 4 Blogshop Kraftangan dan Deko Pilihan EH!
Kotak serbaguna bercetak
Pasu seramik caterpillar
 
bird vase post3 4 Blogshop Kraftangan dan Deko Pilihan EH! deer deco post4 4 Blogshop Kraftangan dan Deko Pilihan EH!
Pasu seramik burung
Rusa rotan emas

 

Kerana minat yang mendalam terhadap dunia seni reka, sekumpulan lima orang anak muda berkongsi ilham dan kreativiti sebelum mencetuskan oh-and-ah-com. Pelbagai barangan unik dijual di kedai online mereka. Antaranya barangan deko, peralatan menulis, beg, aksesori, rantai kekunci dan banyak lagi. Menariknya, kebanyakan produk yang ditawarkan adalah hasil tangan mereka sendiri!

 

http://imasoapstar.blogspot.com

macaroon post1 4 Blogshop Kraftangan dan Deko Pilihan EH! sugar soap post2 4 Blogshop Kraftangan dan Deko Pilihan EH!
Sabun macaroon, RM5
Sabun scrub kiub gula, RM12 setiap botol

 

heart post3 4 Blogshop Kraftangan dan Deko Pilihan EH! cupcake post4 4 Blogshop Kraftangan dan Deko Pilihan EH!
Sabun hati, RM6
Sabun kek cawan, RM10

 

Sekali pandang, pasti ramai tidak menyangka manisan-manisan ini sebenarnya sabun! Daripada kek cawan, macaroon, aiskrim popsicle mahupun jeli, semuanya didatangkan dengan haruman berinspirasikan perisa manis yang menyelerakan. Antaranya cokelat, raspberi, ceri, grape jelly dan kelapa…tentunya menjadikan saat mandian anda lebih menyeronokkan! Apatah lagi harga yang ditawarkan pula begitu berpatutan untuk dimiliki.

 

http://notbookbotbuk.com

cukcake post1 4 Blogshop Kraftangan dan Deko Pilihan EH! leopard post2(1) 4 Blogshop Kraftangan dan Deko Pilihan EH!
Buku nota bercetak kek cawan, RM35
Buku nota bercetak haiwan, RM35
stripe post3 4 Blogshop Kraftangan dan Deko Pilihan EH! polka dot post4 4 Blogshop Kraftangan dan Deko Pilihan EH!
Buku nota bercetak belang, RM35
Buku nota bercetak polka dots, RM26

 

Sekalipun buku nota hanya berfungsi untuk mencatit perkara penting, namun tidak bagi pemilik notbookbotbuk.com. Baginya, buku nota yang dimiliki perlu mempunyai karakter selain diberikan warna yang mampu mencerminkan personaliti pemiliknya! Hasilnya, ilham kreatifnya diterjemahkan pada setiap buku nota yang direka. Menggunakan fabrik ajnas cetak, kulit buku nota dirias begitu cantik lagi kemas. Menarik, kan?

 

http://pearlcakesevents.blogspot.com

Alice post1 4 Blogshop Kraftangan dan Deko Pilihan EH! cupcake post2 4 Blogshop Kraftangan dan Deko Pilihan EH!
Kek berinspirasikan Alice in Wonderland
Kek Cawan dengan serbuk glitter

 

 

sorella post3 4 Blogshop Kraftangan dan Deko Pilihan EH! cupcake1 4 Blogshop Kraftangan dan Deko Pilihan EH!
Kek berinspirasikan produk Sorella
Kek Cawan berinspirasikan surat

 

Sesiapa yang memandang, pastinya terpegun dan kagum dengan kreativiti yang dizahirkan walaupun pada kek! Berikan apa saja idea yang dimahukan, tentu kumpulan pemilik Pearlcakesevents.blogspot.com mampu merealisasikan kehendak anda. Kepakaran mereka juga dihargai ramai pereka fesyen tempatan dan selebriti termasuk Nurita Harith, Dynaz Mokhtar dan ramai lagi. Tidak sekadar mempertaruhkan idea dalam penghasilan kek, kumpulan ini turut menawarkan khidmat merias majlis.

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*