Dos & Don’ts ketika bercuti

Musim berlibur kini tiba! Tentunya anda sedang sakan merancang aktiviti yang hendak dilakukan. Namun, ada banyak aspek yang perlu dijaga. Antaranya keselamatan, perbelanjaan mahupun kesihatan. Semuanya untuk memastikan saat berlibur dirasakan lebih bermakna!

Apakah dos and don’ts yang perlu diambil kira?

Pakaian1 hidup Dos & Don’ts ketika bercutiUsah bawa terlalu banyak pakaian. Ini hanya membuatkan beg pakaian anda lebih berat selain mengehadkan ruang untuk menyimpan barangan lain. Pilih pakaian yang lebih ringan dan tidak perlu digosok menggunakan seterika (menjimatkan masa!). Selain itu, bawa pakaian mudah kering agar anda boleh memakainya secara berulang. Sekiranya beg yang digunakan adalah jenis backpack, gulungkan pakaian berbanding melipat untuk menjimatkan ruang.

Beg Pakaian4 hidup Dos & Don’ts ketika bercutiJika anda menggunakan backpack, pilih beg dengan komponen yang banyak. Ini supaya pakaian yang sudah dipakai boleh diasingkan untuk mengelakkan daripada berbau. Untuk anda yang menggunakan beg beroda pula, pastikan beg dikunci menggunakan mangga khas. Anda juga disarankan supaya menggantungkan nama, alamat dan nombor telefon untuk keselamatan. Gantungkan juga riben berona cerah supaya mudah untuk anda mengenali beg.

Tas tangan3 hidup Dos & Don’ts ketika bercutiMembawa tas tangan kala bersiar-siar diperlukan untuk menyimpan dokumen penting, wang, produk pelindung kulit mahupun kamera. Pastikan rekaan tas tangan yang dibawa mempunyai ciri keselamatan. Antaranya, gunakan beg bertali yang dipakai secara sling dan elakkan daripada menggunakan beg bahu. Memandangkan kegiatan meragut dan seluk poket cukup popular di kawasan tumpuan pelancong, langkah pengawasan ini perlu dijaga.

Kamera

2 hidup Dos & Don’ts ketika bercuti

Tentunya saat bahagia ketika berlibur mahu diabdikan menggunakan kamera. Namun, peralatan serba canggih ini turut menjadi tumpuan mereka yang suka mencuri. Ini kerana kebanyakan pelancong gemar menggantung kamera di leher sekaligus memudahkan kegiatan meragut. Pastikan anda menggantung tali kamera secara sling atau simpankannya ke dalam beg yang lebih selamat. Sekiranya anda mahu meninggalkan kamera atau apa jua barangan berharga lain di dalam bilik penginapan, gunakan peti keselamatan yang dilengkapi kod rahsia anda.

Kasut

5 hidup Dos & Don’ts ketika bercuti

Kebanyakan golongan wanita gemar bertukar-tukar kasut untuk memadankannya dengan gaya fesyen yang dipilih. Tetapi amalan itu tidak sesuai dipraktikkan kala bercuti. Pastikan anda membawa hanya sepasang kasut yang paling selesa untuk menikmati aktiviti melancong. Rekaan kasut pula hendaklah lebih leper dengan perincian kusyen di bahagian dalam kasut untuk pemakaian yang lebih selesa sepanjang hari. Di lokasi musim sejuk pula, pilih kasut yang tidak hanya memanaskan bahagian kaki tetapi juga selesa untuk dipakai ke mana saja.

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*