Kuasa Payu Dara

gayahidup01 Kuasa Payu DaraKecil atau besar bukan persoalan, tetapi bagaimana kamu memanipulasi kuasa yang ada padanya. Terokai keseronokan yang bakal dimiliki dengannya. Payu dara sering menjadi salah satu ‘objek’ yang boleh merangsang keinginan seks lelaki. Kebanyakan orang berpendapat bahawa lelaki idamkan pasangan berpayu dara besar, lantas menyebabkan ramai wanita berdada kecil berasa rendah diri, malah ada yang tidak selesa pabila melakukan hubungan intim bersama suami. Hakikatnya, kecil atau besar tidak banyak beza, asalkan kamu bijak menggunakan ‘kuasa’ yang ada padanya. Bersedialah untuk mengetahui apa yang bisa membuatkan kamu seronok dengannya. ‘PELUK’ PAYU DARA Menurut Profesor dari Universiti Rutgers, Dr Beverly Whipple, pabila pasangan menyentuh atau membelai payu dara kamu, ia akan menghasilkan bahan kimia yang hangat pada saluran darah dan dikenali sebagai oxytocin. Kimia ini adalah salah satu kuasa yang menjana rasa kasih, sayang, puas serta menguatkan perasaan kamu kepada suami sewaktu bersama. Untuk memaksimakan kesan ini, kamu digalakkan untuk memeluk erat pasangan sewaktu menjalinkan hubungan intim. Kesannya, kamu rasa lebih ‘nyaman’ dan seronok. SENTUHAN ‘LAPISAN’ KEDUA Untuk memberikan keseronokan dan kelainan, sentuhan suami pada payu dara tidak semestinya menggunakan tangan atau jari semata. Payu dara adalah bahagian tubuh yang sangat sensitif dan ia mudah dirangsang pabila disentuh dengan objek lembut. Kamu dan pasangan boleh ‘membelai’ payudara dengan menggunakan fabrik lembut seperti sutera, fabrik berbulu lembut mahu pun jersi. Selain itu, jika pasangan ingin menyentuh payu dara anda sewaktu sedang ‘berlayar’, mereka digalakkan membelainya dengan menggunakan losyen atau minyak (aromaterapi), ia pasti menjadikan hubungan kamu berdua lebih sensasi. MANDI AIR PANAS Sebelum memasuki kamar beradu, kamu digalakkan untuk menyiram tubuh dengan mandian air panas. Mengapa? Kerana kehangatan air mandian akan mengalirkan darah kepada kulit lantas meningkatkan sensitivitinya pabila disentuh. Maka, pabila situasi ini berlaku ia pastinya menambahkan lagi keseronokan kamu berdua pabila bersama. KECIL ATAU BESAR BUKAN PERSOALAN, TETAPI BAGAIMANA KAMU MEMANIPULASI KUASA YANG ADA PADANYA. TEROKAI KESERONOKAN YANG BAKAL DIMILIKI DENGANNYA. Payu dara sering menjadi salah satu ‘objek’ yang boleh merangsang keinginan seks lelaki. Kebanyakan orang berpendapat bahawa lelaki idamkan pasangan berpayu dara besar, lantas menyebabkan ramai wanita berdada kecil berasa rendah diri, malah ada yang tidak selesa pabila melakukan hubungan intim bersama suami. Hakikatnya, kecil atau besar tidak banyak beza, asalkan kamu bijak menggunakan ‘kuasa’ yang ada padanya. Bersedialah untuk mengetahui apa yang bisa membuatkan kamu seronok dengannya. ‘PELUK’ PAYU DARA Menurut Profesor dari Universiti Rutgers, Dr Beverly Whipple, pabila pasangan menyentuh atau membelai payu dara kamu, ia akan menghasilkan bahan kimia yang hangat pada saluran darah dan dikenali sebagai oxytocin. Kimia ini adalah salah satu kuasa yang menjana rasa kasih, sayang, puas serta menguatkan perasaan kamu kepada suami sewaktu bersama. Untuk memaksimakan kesan ini, kamu digalakkan untuk memeluk erat pasangan sewaktu menjalinkan hubungan intim. Kesannya, kamu rasa lebih ‘nyaman’ dan seronok. SENTUHAN ‘LAPISAN’ KEDUA Untuk memberikan keseronokan dan kelainan, sentuhan suami pada payu dara tidak semestinya menggunakan tangan atau jari semata. Payu dara adalah bahagian tubuh yang sangat sensitif dan ia mudah dirangsang pabila disentuh dengan objek lembut. Kamu dan pasangan boleh ‘membelai’ payudara dengan menggunakan fabrik lembut seperti sutera, fabrik berbulu lembut mahu pun jersi. Selain itu, jika pasangan ingin menyentuh payu dara anda sewaktu sedang ‘berlayar’, mereka digalakkan membelainya dengan menggunakan losyen atau minyak (aromaterapi), ia pasti menjadikan hubungan kamu berdua lebih sensasi. MANDI AIR PANAS Sebelum memasuki kamar beradu, kamu digalakkan untuk menyiram tubuh dengan mandian air panas. Mengapa? Kerana kehangatan air mandian akan mengalirkan darah kepada kulit lantas meningkatkan sensitivitinya pabila disentuh. Maka, pabila situasi ini berlaku ia pastinya menambahkan lagi keseronokan kamu berdua pabila bersama. *sila rujuk majalah untuk selanjutnya.

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*