Perlu Tahu Tentang Online Shopping

Online shopping antara trend yang mendapat sambutan hangat masa kini. Bukan saja mudah, ia turut menjimatkan masa dan tenaga kerana boleh dilakukan di mana saja asalkan mempunyai akses internet. Lebih teruja lagi kerana pembeli mempunyai peluang untuk merancang perbelanjaan dan membuat survey terlebih dahulu. EH! bulan ini berkongsi tips buat si kaki shopping! Online Shopping 200x300 Perlu Tahu Tentang Online Shopping

 

SAFETY FIRST:

Kenal pasti background penjual barangan sebelum anda membeli. Pastikan butiran penting seperti nama,  alamat dan nombor telefon diperolehi atau jika ingin lebih selamat apa kata anda memilih penghantaran secara terus. Bukan saja memudahkan urusan malah anda akan rasa lebih yakin jika masih ingin berurusan pada masa akan datang.

WELL PLANNED:

Semuanya di hujung jari! Anda buat pilihan dan anda juga yang menanggung kos pembayaran. Kaedah online shopping yang fleksibel memberikan anda masa dan peluang untuk merancang terlebih dahulu bajet perbelanjaan berbanding shopping di pusat membeli belah. Aturlah pembelian anda dengan bijak!

SURVEY:

Antara advantage online shopping yang bagus kerana anda tidak perlu meninjau dari satu tempat ke satu tempat untuk membuat perbandingan. Terdapat juga blog yang menyediakan product review yang memberi informasi tentang produk yang ingin dibeli. Sungguh mudah dan praktikal!

CONFIRMATION:

Semak kod tempahan, slip pembayaran (bank transaction) saiz, warna dan harga barangan sebelum membuat bayaran. Semak juga tentang cara bayaran dan pengeposan. Ini bagi mengelakkan kesilapan berlaku kerana kebiasaanya penjual barangan online tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kesilapan.

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*