Oh seronoknya Hari Raya sudah tiba! Inilah masa untuk bersama rakan dan saudara-mara. Ayuh raikannya dengan gembira, namun masih kekal beretika. Selepas sepurnama menjalankan ibadat puasa nan sarat hikmah dan berkat, kini kita raikan kemunculan Aidilfitri dengan gembira. Raikanlah kemeriahan Hari Raya dengan cara dan gaya yang betul, supaya kemeriahannya berganda. Panduan ringkas menyambut lebaran EH! kongsikan. Walaupun sehari sebelum Hari Raya anda penat mengemas rumah, memasak atau pun memandu pulang ke kampung, anda wajib bangun awal dan bersiap-siap ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri. Begitu juga dengan hari-hari seterusnya. Ruginya jika tidur sahaja. Sewaktu Hari Raya banyak rancangan TV yang menarik. Tetapi jika ingin menontonnya biarlah berpada-pada jangan kerana TV anda hanya duduk di rumah, tidak melawat saudaramara. Lebih teruk lagi andai tetamu yang bertandang dilayan sambil lewa dek leka menonton TV. Seeloknya rancang perjalanan sebelum pergi melawat sudara-mara. Hubungi mereka terlebih dahulu supaya mereka boleh merancang ‘program’ Hari Raya mereka juga. Tidaklah mereka ternanti-nanti. *sila rujuk majalah untuk selanjutnya.


