Gigi Putih Secara Semula jadi

Share on Facebook2Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0
Senyum adalah senaman muka yang boleh melambatkan kedutan dan awet muda secara semula jadi. Walaubagaimanapun, senyuman akan menjadi lebih manis dengan gigi yang putih berseri. Penggunaan ubat gigi pemutih boleh menghakis gigi di dalam jangka masa yang panjang. Oleh sebab itu, kami ada alternatif semula jadi untuk anda mendapatkan gigi yang putih berseri!
Makan Makanan Rangup
Memakan buah-buahan dan sayur-sayuran sepert epal, lobak, saderi atau pir boleh membersihkan serta memutihkan gigi secara semula jadi. Kandungannya yang berasid membantu memutihkan gigi dan kerangupannya merupakan pembersih gigi yang baik. Menggigit epal atau lobak adalah jauh lebih baik untuk gigi daripada memotongnya atau meminum jusnya.
Tambahkan Tenusu Ke Dalam Diet
Semua orang tahu, susu, keju atau yogurt adalah penyumbang kalsium dan fosforus terbaik untuk badan. Tetapi tidak ramai  yang sedar, pengambilan kalsium yang cukup turut memperbaiki struktur dan keadaan gigi itu sendiri. Kalsium dan fosforus memperbaiki enamel  dan menjadikan ia kuat dari akar dan cantik pada permukaannya.
Makan Lebih Strawberi
Strawberi mengandungi asid malic yang mampu menanggalkan kekuningan pada permukaan gigi secara semula jadi. Tekstur strawberi itu sendiri mampu memperbaiki enamel, menjadikan gigi lebih putih dan berstruktur lebih licin. Untuk menjadikannya lebih berkesan, lenyekkan strawberi dan campurkannya dengan setengah sudu serbuk penaik sebelum diletakkan di atas permukaan gigi. Biarkan selama lima minit dan lakukannya seminggu sekali.
Minum Menggunakan Straw
Setiap minuman, kecuali air masak, mampu meninggalkan kesan kepada permukaan gigi dan melunturkan warnanya. Gunakan straw setiap kali anda minum air  berperisa untuk mengelak ia daripada terkena  permukaan gigi anda, sekali gus untuk memelihara keputihan gigi.
Share on Facebook2Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*