Ella. Dulu, Kini dan Selamanya

Ella 1 Ella. Dulu, Kini dan SelamanyaBagaikan tidak percaya Diva Rock Malaysia ini menjengah ke usia 46 tahun kerana gaya dan susuk tubuhnya persis gadis muda. Selama 25 tahun bergelumang di dalam bidang seni, anak kelahiran Pulau Pinang ini ternyata masih unggul dan dikagumi apabila baru sahaja menamatkan konsert Ella dan Awie di Istana Budaya Januari lalu. Usia tidak langsung membataskan kreativiti Ella untuk berfesyen malah dia punya sense of fashion yang hebat.   

Album Baru

Ella sememangnya artis yang sering tampil dengan hasil kerja cemerlang. Tidak hairanlah album Ella 30110 dan Ella USA masih memegang gelaran sebagai album terlaris penyanyi wanita Malaysia. Sehingga kini, Ella masih giat menghasilkan album baru yang mendapat sentuhan komposer terkenal, Datuk M. Nasir. Ternyata Ella mementingkan hasil kerja berkualiti.

Sukakan Yang Berjenama

Tidak hanya tertumpu kepada fesyen rock, Ella juga selesa tampil feminin. Aliran fesyennya juga mirip gaya Kate Moss. Ella tidak menolak yang dirinya menggemari barangan berjenama malah menganggap ianya umpama reward untuk diri sendiri setelah penat bekerja. “If Jojie does not stop me, I’ll buy everyday.” Jelas dia punya minat mendalam terhadap fesyen.

Ella 3 225x300 Ella. Dulu, Kini dan Selamanya
Ella 2 225x300 Ella. Dulu, Kini dan Selamanya Mengagumi Ibu

Ella mengakui bukannya mudah untuk bertahan di dalam dunia seni selama lebih 20 tahun namun pengalaman yang diperolehi mematangkan dirinya untuk tampil disegani seperti hari ini. Di sebalik kejayaan dikecapinya, ibu merupakan insan paling kuat dan sabar di mata ratu rock ini.

Kekasih Hati

Persefahaman menurut Ella merupakan kunci di dalam sesuatu perhubungan. Dia tidak menolak lelaki bijak dan pandai membuatkan dia tertawa menjadi antara pilihan utama buat dirinya. “Saya senang dengan lelaki yang memahami jiwa saya dan kita mesti rindu antara satu sama lain.”

Pastikan anda membaca artikel penuh dalam EH! Mac 2012 untuk mengetahui lebih banyak yang menarik tentang Ratu Rock Malaysia ini

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*