Fazura – Saya Bukan Sombong

Pertama kali bersua dengannya, mata bagaikan terpaku melihat wajahnya yang jelita. She has one of the nicest smile! Orangnya juga cukup periang. Ada saja keletahnya yang membuatkan orang lain tertawa. Itulah Fazura, gadis rebutan penggiat komersil yang lebih selesa dipanggil Faz.Sebagai penutup tirai 2011, web EH! mahu berkongsi rahsia-rahsia Faz yang belum pernah diketahui sebelum ini! faz1 200x300 Fazura – Saya Bukan Sombong
faz 2 200x300 Fazura – Saya Bukan Sombong Jika Faz seorang aktres Hollywood, siapakah yang menjadi pilihan hati?Meryl Streep. Dia mempunyai bakat yang luar biasa! She is a very good actress. Tidak hanya mementingkan kuantiti, Meryl juga cukup memilih dalam mendokong watak. Ini menunjukkan Meryl lebih fokus terhadap kualiti. Itulah pentingnya menjadi pelakon berjaya kerana apa sahaja watak dan filem yang diterima, berupaya menunjukkan bakat kita yang sebenar.

Karakter sebenar Faz yang orang lain tidak tahu?

Ramai yang tidak tahu Faz sebenarnya seorang yang sangat kelakar! Mereka sangkakan Faz ni sombong dan anti sosial but I am actually an entertainer! Faz suka menghiburkan orang dan suka berlawak. I’m quite a funny person.

Dalam banyak-banyak negara yang pernah dilawati, negara manakah yang paling tidak boleh dilupakan Faz?Afghanistan, sewaktu Faz membuat rakaman filem Qaisy dan Laila. Menyaksikan negara yang menjadi mangsa perang membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang tuhan anugerahkan. Ketika itu, Faz masih berumur 19 tahun sekaligus ia menjadi satu ‘eye opener’ kerana berpeluang melalui pengalaman yang cukup menginsafkan. Antaranya kanak-kanak yang kekangan makanan, keluarga tidak berumah…perasaannya sukar untuk diluahkan.Benar-benar berbeza berbanding melawat kota-kota utama dunia seperti London dan Paris. faz 3 203x300 Fazura – Saya Bukan Sombong
faz 4 242x300 Fazura – Saya Bukan Sombong 5 barangan mesti ada kala bercuti?Pengering rambut, pengecas telefon bimbit, iPad, sepasang celana jeans yang selesa dan sepatu leper yang menarik. Wajib! Haha!

Jika Faz mempunyai rangkaian haruman sendiri, apakah label yang mahu diberikan?

Sebenarnya Faz memang dah ada idea untuk melancarkannya. Tetapi Faz tak boleh mengumumkannya sekarang! Haha! Keseluruhan idea dan konsep wangian tentunya berkait rapat dengan peminat Faz. Kerana apa saja yang Faz lakukan atau mencipta, Faz sentiasa mahu mendedikasikannya buat peminat tersayang.

Ini pula klip video belakang tabir ketika wajah Fazura dirakam EH! untuk isu bulan ini!

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*