
Lebih 20,000 penonton menyaksikan malam bersejarah buat penyanyi dan komposer muda Yuna apabila dia menempa kejayaan besar dengan membawa pulang tiga anugerah sekali gus di acara Shout! Awards ke-2 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Penyanyi pop merdeka itu berjaya menewaskan lawan-lawan senior dalam kategori yang sama antaranya Dato’ Siti Nurhaliza & Kris Dayanti, Jaclyn Victor, Mizz Nina dan Zee Avi. Selain Yuna, Zizan juga mengejutkan hadirin pabila dinobatkan sebagai peraih juara kategori Favourite TV Personality Award mengetepikan pengacara nombor satu Malaysia, Aznil Hj Nawawi. Zizan yang baru saja menceburkan diri dalam dunia pengacaraan dan masih hijau dalam gelanggang seni itu berjaya menyerlahkan bakatnya di sebalik nama-nama besar yang sedia ada.


Kemenangan kumpulan Bunkface untuk dua kategori; Rockstar Award dan Music Video Award tidaklah di luar jangkaan memandangkan populariti kumpulan itu sendiri cukup berkuasa dan berpengaruh kepada pencinta muzik Malaysia. Faizal Tahir membuktikan keunggulannya pabila bertakhta sebagai peraih Power Vokal Award. Di sini kami paparkan keputusan lengkap peraih-peraih Anugerah Shout Awards. Tahniah buat semua yang tercalon dan syabas buat anda yang dinobatkan sebagai juara!


