Iedil Putra

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter27Share on Google+2Email this to someonePin on Pinterest0

Drama siri tentang pemuzik Indie dalam Projek Pop lakonan bersama Cristina Suzanne nyata membuka mata ramai terhadap bakat muda ini. Filem Ngorat lakonan bersama Erra Fazira dan Aaron Aziz yang ditayangkan Julai lalu meletakkan dia antara pelapis yang mampu memberi warna dalam industri lakonan tempatan. Dengan beberapa judul lain yang akan menyusul seperti KL Zombie dan Pencinta bakal menyaksikan dia antara bakat baru yang bakal menyerlah sepanjang tahun. EH! membawa anda mengenal lebih dekat falsafah dan jati diri insan yang senang digelar Iedil Putra ini.

KECENDERUNGAN BERLAKON BERMULA
Saya membesar dalam keluarga yang cenderung terhadap seni serta budaya. Seawal usia lapan tahun saya sudah menyertai kumpulan kebudayaan Tunas Budaya dan dari sini minat bermula.

VISI ANDA DALAM LAKONAN?
Mahu menjadi ‘performer’ yang berjaya bukan sahaja di depan skrin malah mahu terlibat di belakang tabir. Saya sudah berjinak dalam bidang penulisan skrip dan pengarahan serta mahu memberi nafas baru dalam bidang yang saya ceburi ini.

KEPENTINGAN GOSIP DALAM MEMBINA KERJAYA?
Bad publicity is good publicity! Saya tak nafikan gosip boleh melonjakkan nama atau status seseorang pelakon namun biar berpada. Jika diberi pilihan saya mahu dikenali akan bakat, etika kerja dan kredibiliti sebagai seorang pelakon berjaya.

PRINSIP DALAM KERJAYA?
Be passionate in what you do! Untuk berjaya saya sentiasa mencabar diri dan bekerja lebih kuat.

PENGARAH YANG ANDA MAHU BEKERJASAMA?
Danny Boyle dan Dain Said.

PATRIOTIK CARA ANDA?
Sedar di mana bumi dipijak dan ambil tahu tentang apa yang berlaku. Bagi saya toleransi, perbincangan yang sihat serta mengelak provokasi adalah kunci untuk menghargai apa yang kita miliki sekarang.

KEPENTINGAN SEJARAH BUAT ANDA?
Agar kita kenal dan faham asal usul serta tahu batasan tertentu dalam melaksanakan sesuatu perkara. Hal ini penting agar kesilapan lampau tidak berulang dan sentiasa memberi ruang untuk mengingatkan diri siapa kita. Sometimes you need to take a step back before moving forward!

TOKOH PATRIOTIK KEBANGGAAN?
Tunku Abdul Rahman.

CARA TERBAIK ANDA MEMAAFKAN SESEORANG?
Learn to let go adalah kuncinya selain percaya pada karma dan kuasa yang maha Esa.

WANITA YANG HEBAT DI MATA ANDA?
Seseorang yang mampu berdikari and opinionated. Harus rendah diri serta menghormati nilai-nilai agama, budaya, adat dan kekeluargaan serta mampu bercinta dan dicintai.

CARA ANDA TAMPIL YAKIN?
Be yourself and learn to adapt. Apa yang penting jangan lekang dengan senyuman.

 

Teks Hafizan Mohd
Gambar Lei

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter27Share on Google+2Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*