Justin Timberlake Suit-up untuk Album Barunya

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Setelah lama menyepi di dalam bidang nyanyian, Justin Timberlake akhirnya muncul dengan lagu baru – Suit and Tie. Penyanyi yang baru saja mendirikan rumah tangga dengan pelakon Jessica Biel tahun lalu, kali ini berkolaborasi dengan penerbit dan penyanyi hip-hop terkenal, Jay-Z.

Gambar: TPGNEWS

Menurut Timberlake, tahun 2013 bakal menjadi tahun yang besar apabila kemunculan semulanya dalam bidang nyanyian bakal dimulakan dengan penampilan dan persembahan istimewanya di Parti Pre-Superbowl. Persembahan yang dijadualkan pada 2 Februari bertempat di DTV Superfan Stadium, New Orleans adalah eksklusif untuk jemputan sahaja dan bakal menyumbangkan keseluruhan kutipan pada malam tersebut kepada Hospital Kanak-kanak Shriners.

Gambar: TPGNEWS

Bercakap mengenai album terbarunya, ‘The 20/20 Experience’ yang bakal keluar tahun ini, Timberlake sudah memulakan persiapan album terbarunya itu sejak Jun tahun lepas. Katanya, dia tiba-tiba saja berinspirasi untuk menghasilkan album terbarunya itu dan tidak mengharapkan apa-apa daripadanya. Dia hanya ke studio dan terus bermain muzik secara random dan hanya mahu berseronok menghasilkannya tanpa menetapkan apa-apa sasaran. Sudah sedia untuk lagu terbarunya?

Everyone suit-up untuk single terbaru Justin Timberlake – Suit and Tie.

 

 

ALBUM HANGAT DI TAHUN BARU >>

KARYA HEBAT TEMPATAN >>

MENGIMBAS MEMORI BERSAMA INNUENDO >>

KAMAR SENI AG COCO >>

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*