Gaya Rambut 2012!

Jika entri minggu lepas EH! memaparkan gaya solekan 2012, pastinya gaya rambut juga tidak ketinggalan. Biarpun trend riasan pada rambut agak terbatas dan berulang, jika selebriti terkenal menggayakannya, sudah pasti ia akan jadi ikutan ramai! Ayuh kita lihat gaya apa yang jadi trend tahun ini!

Rambut pendek:

post1 cantik2 Gaya Rambut 2012!post2 cantik2 Gaya Rambut 2012!

Tidak dinafikan lagi rambut pendek tampak ringkas apatah lagi mudah digayakan. Lihat saja gadis kecil molek Emma Watson, beliau tampak lebih comel dengan potongan pixie! Jika dahulu Victoria Beckham tampil popular dengan rambut pendeknya, kini heroin Harry Potter pula yang ambil takhta!

Tocang:

post3 cantik2 Gaya Rambut 2012!post4 cantik2 Gaya Rambut 2012!

Wajah tampak feminin dan manis pabila mengenakan dandanan tocang pada rambut. Pelbagai gaya boleh didandan menerusi gaya ini, sama ada dalam bentuk sanggul, tocang tepi mahupun tocang pony. Ia mungkin tidak sepopular mana di kalangan wanita tapi gaya ini hangat di pentas peragaan.

Side pony:

post5 cantik2 Gaya Rambut 2012!post6 cantik2 Gaya Rambut 2012!

Riasan rambut paling ringkas dan mudah! Itulah gaya ikat tepi yang mungkin jadi trend 2012. Dengan hanya mengenakannya, anda boleh kelihatan seperti gadis bersahaja atau pun gadis yang penuh glamor!

 

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*