Kenali Berus Solekan

post 1(2) Kenali Berus Solekan

Solekan sempurna lagi kemas bermula dari rangkaian item solekan yang baik. Selain produk berkualiti, berus solekan juga asas kepada kesempurnaan solekan. Kali ini EH! membawa anda mengenali jenis berus solekan agar anda bijak membuat pilihan sebelum menggunakannya!

1

Bedak asas

post 2 Kenali Berus Solekan Berus untuk bedak asas biasanya bersaiz lebih lebar dan panjang. Ketebalan berus pula berpandukan kepada kadar litupan bedak asas pada wajah. Jika anda lebih gemarkan sapuan bedak asas yang tidak ketara dan natural, gunakan berus satin yang lebih tipis dengan permukaan lebih rata.Bagi anda yang sukakan litupan bedak yang tebal, gunakan berus yang lebih curvy di kedua-dua penghujungnya. Manakala berus pula lebih tebal berbanding biasa.
190(3) Kenali Berus Solekan 191 Kenali Berus Solekan
M.A.C 190 untuk litupan bedak tebal
M.A.C 191 untuk litupan bedak tipis

 

Tip! Sapukan bedak asas dengan sapuan berbentuk menegak dan bukan melintang. Ini supaya litupan bedak lebih rata tanpa wujudnya garisan-garisan halus.

2

Pemerah pipi

post 3 Kenali Berus Solekan Berus pemerah pipi yang terbaik adalah terdiri daripada bulu tulen yang menggabungkan goat hair bersama soft synthetic hair. Selain teksturnya yang separa lembut, berus jenis ini turut berperanan sebagai tool untuk memberi urutan wajah. Sekaligus menghasilkan efek glow yang lebih menawan sebaik mengaplikasikan pemerah pipi.
187 Kenali Berus Solekan
M.A.C 187

Tip! Sapukan pemerah pipi di atas tulang pipe menggunakan rona natural pink. Untuk kesan contouring yang menonjol, sapukan pemerah pipi berona tanah di bawah tulang pipi.

3

Penyamar noda & Pembayang mata

post 4 Kenali Berus Solekan Anda boleh menggunakan berus yang sama untuk dua fungsi iaitu penyamar noda dan pembayang mata. Ini kerana tekstur berusnya yang lembut memudahkan sapuan selain menjaga mata daripada terjejas memandangkan kulit di bahagian mata adalah sangat sensitif. Tiada terhad untuk sapuan, berus ini boleh digunakan bagi menutupi cela pada wajah sebelum mengaplikasikan warna kegemaran sebagai base pembayang mata.
217 Kenali Berus Solekan
M.A.C 217

4

Efek highlight pada mata

post 5 Kenali Berus Solekan Menyapukan pembayang mata untuk efek highlight mampu memberikan solekan mata yang lebih kemas dan cantik. Oleh itu, gunakan berus pony hair kerana teksturnya yang lembut tetapi menghasilkan solekan mata yang mampan.
239 Kenali Berus Solekan
M.A.C 239

Tip! Gunakan berus dalam keadaan condong dan bukan menegak. Ini kerana berus yang dicondongkan boleh menghasilkan kesan yang lebih jelas dalam tempoh yang lebih cepat.

5

Penggaris mata

post 6 Kenali Berus Solekan Memandangkan penggaris mata berbentuk gel semakin popular, gunakan berus yang halus seperti sable. Ini kerana tekstur berus sable yang separa lembut dan keras memudahkan sapuan gel yang lebih rata dan cepat.
212 Kenali Berus Solekan
M.A.C 212

 

Tip! Gunakan berus dalam keadaan tegak bermula dari kelopak mata di bahagian dalam ke penghujung mata.

6

Gincu

post 7 Kenali Berus Solekan Berus jenis sintetik adalah yang terbaik untuk menyapu gincu. Ini kerana teksturnya yang sedikit keras memudahkan sapuan gincu yang kemas.
316 Kenali Berus Solekan
M.A.C 316

 

Tip! Selepas membuat garisan menggunakan penggaris bibir di sekeliling lips tip, blend bersama gincu menggunakan berus untuk menampakkan solekan bibir yang lebih cantik dan berdimensi.

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*