Maybelline gaya solekan terbaru!

Maybelline yang memiliki jutaan peminat seluruh dunia, kini menampilkan barisan model dengan wajah dan karakter yang begitu bertenaga dalam memperkenalkan koleksi kosmetik baru!

Siapakah mereka? Usah tunggu lagi, choose tab untuk melihat wajah dengan solekan eksentrik dan  wild serta hasil fotografi menakjubkan ini.

Si Gadis Parti

09 May Outside 150 erin wasson post Maybelline gaya solekan terbaru!10 May Inside 150 post(1) Maybelline gaya solekan terbaru!

Si Gadis Parti
Jika anda penggemar parti, gaya yang dibawa model dengan attitude, Erin Wasson, boleh menjadi inspirasi menarik buat anda. Tidak kira sama ada pakaian ala maskulin mahupun feminin yang disarung, Erin tetap kelihatan anggun. Hiasan pewarna kuku diiringi aksesori sarat emas pula  mampu menaikkan lagi aura fierce!  Jika gaya berani ini yang digemari anda, sertai peraduan ‘Undi Gaya Solekan Pilihan Anda’ dan rebut peluang untuk memenangi kosmetik Maybelline bernilai RM200!

Stephane Lancien, Penggaya Rambut

Stephane Lancien, Penggaya Rambut

hair stylist post Maybelline gaya solekan terbaru!

Stephane Lancien sememangnya dilahirkan sebagai seorang pendandan rambut. Menyedari minatnya yang mendalam terhadap kemahiran itu, Stephane tidak teragak untuk menuntut di salah sebuah akademi dandanan rambut sejak zaman remajanya. Tekad dengan impiannya itu, anak kelahiran Perancis ini kemudiannya bekerja dengan pendandan rambut terkenal, Jean-Marc Maniatis.

 

Bagai ditakdirkan, Maniatis memperkenalkan Stephane kepada dunia fesyen dan kecantikan. Selama 20 tahun, Stephane meniti perjalanan yang membawanya kepada suatu pencapaian menakjubkan hingga tersenarai di kalangan A-list di Eropah dan serata dunia. Malah, Stephane juga menjadi antara orang paling penting di sebalik Paris Fashion Week tanpa henti. Kini, Stephane menjadi pilihan Maybelline selama beberapa tahun untuk iklan komersil di televisyen mahupun majalah.

MNY 2011Cal Sept10 506 LR post Maybelline gaya solekan terbaru!

 MNY 2011Cal Sept10 164 LR post Maybelline gaya solekan terbaru!

“Pasukan ini ternyata fabulous dan projek kalender tentunya antara pengalaman paling menyeronokkan. Bukan sahaja saya berasa terharu kerana dipilih untuk meneraju projek ini, tetapi gambar-gambar yang diambil juga mencipta imej yang gila dan daring! Setiap orang membawa kemahiran artistik yang luarbiasa. Saya tidak sabar untuk menantikan kalender seterusnya!“.

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*