Ratu

Citra Cantik kali ini membawakan 3 orang selebriti menawan yang tampil bagi dandanan perkahwinan. Konsep solekan yang ditampilkan oleh 3 jurusolek terkenal seperti Tiar Zainal, Najeeb Azami dan Bosco Ryzal menaikkan lagi seri selebriti-selebriti ini di samping manis berbusana pengantin.

12981 A 225x300 Ratu

Solekan berkabut ringan menemani gaya resepsi. Sekadar berhias tiara tanpa selendang mauhpun layah, hanya dandanan kemas menyempurnakan raut wajah.

Busana: InnaiRed

Tiara: Rizalman Ibrahim

13061A 225x300 Ratu

 

 

 

 

 

 

 

 

Serba serbi ringkas, namun seri pengantin menyempurnakan solekan. Bibir beroles gincu merah samar dan mata bercalit pembayang mata jenis pigmen rona gangsa.

Kurung Moden & Selendang Renda: Rizalman Ibrahim

13109A 225x300 Ratu

 

 

 

Resepsi nan ringkas dihidupkan dengan solekan minimum. Seiring dengan keraian ruang terbuka, bibir dicalit dengan rona jingga samar. Manis dan segar!

Gaun Renda: Albert King

Subang: Rizalman Ibrahim

Cincin: InnaiRed

Dapatkan tips solekan serta senarai produk lengkap yang digunakan untuk ketiga-tiga selebriti ini di dalam EH! Jun ini. Layari juga video di sebalik tabir solekan mereka di www.eh.com.my

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*