Kegunaan Baju Pegantin Di Masa Hadapan

Ketika merancang perkahwinan, anda akan mengetepikan sejumlah wang khas untuk mendapatkan baju yang mampu membuatkan anda menyerlah pada hari yang bersejarah di dalam hidup anda. Setelah majlis perkahwinan selesai, mulalah anda terasa rugi kerana membelanjakan sejumlah wang yang agak besar untuk busana yang hanya digunakan sehari di dalam seumur hidup. Untuk mengurangkan rasa rugi anda, kami menyenaraikan beberapa kegunaan baju pengantin anda di masa hadapan.

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MELAMARNYA? >>

SELEBRITI PERAWAN HOLLYWOOD >>

Wasiatkannya

Di negara barat, ramai wanita yang mewariskan bukan sahaja cincin perkahwinan tetapi juga baju kahwin kepada anak mereka. Anda boleh mewasiatkan pakaian pengantin anda kepada anak perempuan anda dan mereka boleh menghantarnya kepada tukang jahit untuk mengubahnya mengikut trend masa kini. Mesti anda merasa terharu melihat anak anda pula mengenakannya dan ia boleh mengimbau kembali kenangan manis anda ketika melangsungkan perkahwinan anda bersama suami.

 ADAKAH ANDA WIFE MATERIAL? >>

Motivasi

Selepas berkahwin, bentuk badan anda pasti akan berubah. Simpan baju kahwin anda dan jadikannya sebagai motivasi untuk anda mengekalkan bentuk badan anak dara anda. Setiap tahun jangan lupa untuk mencubanya dan pastikan anda masih boleh muat mengenakannya!

 ZIZAN RAZAK KAHWIN TAHUN HADAPAN? >>

Recycle

Buntu dan tidak tahu baju apa yang harus dikenakan pada majlis makan malam anjuran pejabat anda? Hantar sahaja baju pengantin anda ke tukang jahit yang berhampiran dan ubah sedikit gayanya mengikut kesesuaian tema majlis. Pasti anda akan terasa muda seperti anak dara setelah menyerap aura baju pengantin yang anda kenakan 5 tahun lepas!

Komen Anda

*