Kesalahan Ketika Mengurangkan Berat Badan

Share on Facebook303Tweet about this on Twitter2Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Sudah berbulan-bulan anda cuba menurunkan berat badan tetapi masih tidak berjaya. Pemakanan sudah dikawal, bersenam setiap hari tetapi perut masih berlemak. Apa silapnya?

Diet Concept

Gambar: INGimage

KEBAIKAN LEMON UNTUK KECANTIKAN >>

Makanan

Kebanyakan daripada anda yang sedang berdiet pandai memilih makanan namun begitu cara hidangannya yang selalunya salah. Pilihan anda untuk makan salad itu sememangnya bagus. Tetapi janganlah terlalu banyak campuran thousand island atau minyak zaitun. Cara masakan juga penting. Sememangnya bagus untuk mengambil lebih protein tetapi sekiranya anda memilih ikan yang digoreng daripada ikan yang dipanggang, diet anda akan menjadi kurang berkesan.

RAWATAN RAMBUT DARI ALMARI RUMAH >>

Senaman

Pada awalnya, anda akan bersungguh-sungguh bersenam sehingga satu jam tetapi ini hanya bertahan selama seminggu. Jangan biarkan ini berlaku. Senaman yang konsisten membantu anda mengurangkan berat badan. Mulakan dengan berjalan selama 20 minit dan lakukannya sebanyak 3 kali seminggu. Setelah metabolisme badan sudah dapat menerima senaman mingguan anda, tambahkanlah masa senaman kepada 30 minit. Jangan terlalu ekstrem. Sekiranya badan anda terkejut, anda akan merasa cepat letih dan kurang motivasi untuk teruskan matlamat anda untuk mengurangkan berat badan.

RAHSIA KECANTIKAN DARI ZAMAN NENEK MOYANG >>

Percaya Dengan Pil Kurus

Memang banyak pil kurus terjual di pasaran dan melihat daripada testimoni penggunanya, anda akan terus membeli tanpa usul periksa. Pil kurus mungkin mampu membuat anda kurus dalam masa yang pantas tetapi ia juga membuatkan berat anda naik dengan lebih mendadak. Kajian turut menunjukkan pil kurus boleh menghakis tali perut anda dan membahayakan kesihatan. Sekiranya anda mahu hasil yang sementara, mungkin pil kurus adalah pilihan yang tepat.

DIY MASKER DI RUMAH >>

Minum Air yang Berkalori

Ramai yang berpendapat sekiranya kurangkan makan dan minum minuman coklat akan membuatkan anda merasa kenyang dan kurang makan. Anda salah. Satu kajian di Amerika menunjukkan 21 peratus rakyat Amerika naik berat badan kerana air yang diminum. Sekiranya anda minum, ia hanya akan melegakan rasa dahaga dan sekiranya anda merasa dahaga kembali, perasaan lapar itu akan timbul juga.

Share on Facebook303Tweet about this on Twitter2Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*