Koleksi Musim Panas FLOW 2013

Terima kasih kepada koleksi pakaian FLOW, kini golongan yang berbadan berisi juga tidak ketinggalan untuk bergaya. Untuk koleksi musim panas kali ini, FLOW tampil dengan gaya lebih moden sambil menyuntik sedikit elemen hippie.

NORA DANISH WAJAH BARU UNIQLO >>

TIP PEMAKAIAN HIGH HEELS >>

Fabrik bercorak mendominasi koleksi yang diberi nama Retro Beats. Motif etnik diterapkan pada baju dan gaun maksi mereka. Corak harimau bintang dan kuda belang masih dikekalkan di dalam rekaan seluar palazzo, skirt pensel dan blaus untuk koleksi musim panas FLOW pada kali ini.

GENERATION OF STYLE DARIPADA COACH >>

BAGAIMANA FESYEN BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN >>

Bagi mereka yang menggemari gaya vintaj, corak retro zig-zag dan Paisley boleh menyuntik gaya 70-an. Apa yang menarik adalah potongan kerana rekaan koleksi kali ini  bergaya kembang buat menjamin keselesaan si pemakai.

Komen Anda

*