Lelaki Bulan Ini: Nas-T

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter8Share on Google+5Email this to someonePin on Pinterest0

Penyelaras / teks / penatagaya: Hafizan Mohd

Foto: Ting

Arahan seni: Nurul Alias

Urusan sesi fotografi bersama Nas-T ini mudah sekali. Dia tidak kekok di hadapan kamera sekali gus memendekkan masa penggambaran kami. Nast-T yang dikenali dalam bidang lakonan menerusi siri Blogger Boy dan Kami ini sedang sibuk menyiapkan EP mix-tape pertamanya selain program Skuad Pasar Malam buat tayangan TV9. EH! membawakan anda mengenal lebih personal dengan pemilik nama Nas Muammar Zar Nasruddin ini.

JARANG KITA MENDENGAR KISAH CINTA NAS-T DIPERKHABARKAN. SUDAH DIMILIKI ATAU MASIH SENDIRI?

Saya rasa kisah cinta saya tidak menarik untuk dikongsi dengan peminat dan belum masanya untuk saya berfikir tentang jodoh. Saya percaya jika ada jodoh tidak akan ke mana apa yang penting saya mahu fokus terhadap perkara yang saya lakukan sekarang.

SIAPA PELAKON KACAK YANG SEBELUM INI MERUPAKAN PENARI BOGEL? >>

WANITA YANG IDEAL BUAT ANDA ?

Saya sukakan wanita yang talkative, senang bertukar pendapat serta tidak malu berkongsi rahsia dan bijak berjenaka. Namun apa yang lebih penting adalah tidak mementingkan harta benda dan jujur serta percaya.

 ANTARA YANG MENARIK MENGENAI JOSH GROBAN >>

CARA TERBAIK WANITA MENDEKATI ANDA?

Ikhlas untuk berkawan dan tidak mengharapkan apa-apa daripada saya.

 TARUNG NYAWA DI MEJA BEDAH UNTUK JADI SEPERTI ANAK PATUNG ‘KEN’ >>

DEFINISI CINTA ANDA?

Cinta bagi saya adalah satu medium perasaan yang positif. Harus bijak dalam percaturan sekalipun akan ada perkara negatif yang akan berlaku.

 APA PELAJARAN TERBAIK SEBAGAI ANAK SENI BUAT TOMOK? >>

SELAIN BERLAKON ANDA DIKENALI DALAM BIDANG MUZIK, MANA YANG LEBIH MEMBERI KEPUASAN?

Baik dalam lakonan mahupun muzik kedua-duanya memberi kepuasan kepada saya. Lakonan memberi saya ruang membawa karakter yang telah diberi sebaiknya manakala dengan muzik ia merupakan saluran yang mampu membuat saya berkomunikasi dengan penonton dengan cara yang berbeza.

*Untuk lebih Q&A dengan Nas-T, selak ke halaman 162 EH! edisi Februari.

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter8Share on Google+5Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*