Muslihat Filem Tentang Perhubungan

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Teks: Hafizan Mohd

It’s all about the happy ending, tapi realitinya adakah seindah satira di layar lebar?

PRETTY WOMAN (1990)

Filem ini merupakan contoh terbaik dongengan yang mampu membuat gadis di luar sana mengharapkan prince charming datang menyelamatkan hidup mereka. Dalam filem ini Vivian Ward seorang pelacur jalanan dipertemukan dengan Edward Lewis seorang ahli perniagaan yang berjaya. Dan dijadikan cerita dalam pertemuan yang tidak dijangka mereka berdua secara perlahan menyimpan rasa sesama sendiri. Wake up girls! This is 2012 masakan bulan akan jatuh ke riba. Dongengan tulisan J.F Lawton ini sekadar memberi harapan palsu kepada wanita di luar sana dalam mengharapkan putera idaman mereka datang ibarat magis indah syurga dunia.

 

LIKE CRAZY (2011)

Ana dan Jacob bertemu di sebuah kolej di Los Angeles dan jatuh cinta. Dijadikan cerita Ana merupakan pelajar yang dihantar melalui program student exchange yang berasal dari Britain. Cinta mereka terhalang kerana Ana telah melanggar syarat visa melebihi tarikh yang sepatutnya. Di sini kisah cinta long distance relationship pun bermula dengan permainan emosi yang akhirnya menemukan Jacob dengan Samantha. Walaupun di hujung cerita mereka dapat bersama namun realitinya Jacob tetap selingkuh dengan orang lain. Namun biarpun begitu, realiti dalam filem ini sekurang-kurangnya tertulis dengan betul berbanding filem cinta lain yang hanya mahu menjual fairy tale.

 

THE PROPOSAL (2009)

Selama tiga tahun Andrew menjadi pembantu kepada Margaret yang merupakan seorang editor. Cerita bermula apabila Margaret meminta pertolongan Andrew kerana masalah visanya yang sudah tamat tempoh dan hanya ada satu cara sahaja untuk dia dapat tinggal bekerja adalah dengan berkahwin. Di sini cerita pun berkembang, Andrew hanya akan bersetuju untuk berpura-pura menjadi suami jika dia dinaikkan pangkat. Back to reality, berapa ramai gadis rasanya sanggup melakukan hal sebegini sekali pun terdesak? Ingat anda punya seribu cara lain selain mengikut dongengan Andrew dan Margaret ini.

 

27 DRESSES (2008)
Jane seorang yang mementingkan karier dan jatuh cinta dengan bosnya sendiri. Dia menghabiskan hidupnya dengan menjadi bridesmaid kepada 27 pengantin. Konfliknya berlaku apabila kakak Jane juga meminati bosnya. Dek kerana Jane seorang yang akan mendahulukan kepentingan orang terdekat berbanding dirinya dahulu, dia merelakan perhubungan antara kakak dan bosnya tadi sebelum dia menemukan putera idaman yang datangnya bagai dirancang indah buat hidupnya. Rasanya mana-mana gadis sekalipun akan fight for what they want! Kehidupan realiti tidak akan semudah kehidupan Jane dalam 27 Dresses ini.

 

HEMAT BERBELANJA >>

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*