Nora Danish dan Owen Yap Wajah Baru UNIQLO

Jenama pakaian kasual, UNIQLO, baru-baru ini telah mengumumkan Nora Danish dan Owen Yap sebagai wajah terbaru untuk kempen koleksi terbaru mereka.  Owen yang merupakan pemenang Golden Awards pada tahun 2010 dan Nora pemenang Hot Chick Award di dalam Shout! Award 2012 ini merupakan calon yang sangat sesuai untuk menjadi muka depan jenama fesyen yang berasal dari Jepun ini.

TIPS KECANTIKAN NEELOFA >>

ZA SUNTING AMANDA IMANI >>

Menurut Nora, dia sukakan jenama UNIQLO kerana senang untuk mix and match manakala Owen menyukai jenama tersebut kerana kepelbagaian gaya yang mereka sediakan di bawah satu bumbung. Menurut Pengarah Urusan UNIQLO Malaysia, Satoshi Onoguchi, pemilihan mereka berdua disebabkan personaliti mereka yang versatil dan mesra kepada pengguna.

BAGAIMANA FESYEN BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN >>

GAYA JALANAN FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA >>

UNIQLO yang baru sahaja membuka cawangan pertama mereka di Pulau Pinang, menjanjikan kepelbagaian rona untuk memberikan sentuhan yang bergaya tetapi tetap mengutamakan keselesaan di dalam koleksi musim panas mereka pada kali ini.

Komen Anda

*