Panduan Memilih Kasut Sukan

Teks: Hafizan Mohd

KESALAHAN KETIKA MENGURANGKAN BERAT BADAN >>

1. Ramai orang akan mudah tertarik dengan rekaan kasut sukan yang hadir dalam warna-warna striking. Sentiasa ingat perkara pertama dalam memilih kasut sukan adalah keselesaan bukan rekaan.

SELESA BERJALAN SEHARIAN DENGAN HIGH HEELS >>

2. Bahagian tapak merupakan elemen terpenting bagi menentukan keselesaan kaki anda. Kenal pasti bentuk kaki anda dan padankan dengan rekaan tapak kasut sukan.

TIP PENJAGAAN KASUT >>

3. Untuk aktiviti berlari, kasut sukan dengan material getah lembut akan menjadikankan setiap langkah anda lebih stabil.

KAKI ARTIS ROSAK KERANA HIGH HEELS MURAH >>

4. Pilih kasut sukan yang ringan dan mudah dilentur. Hal ini penting bagi memudahkan setiap aktiviti

5. Ramai menganggap saiz kasut sukan sama seperti kasut biasa yang anda pakai untuk bekerja dan bersiar. Sebetulnya kasut sukan yang bagus hadir dalam satu saiz lebih kecil daripada saiz kasut biasa kerana faktor material dan juga bagaimana kasut tersebut memberi justifikasi keselesaan buat kaki anda

ADIDAS CLIMACOOL 360°

Revolusi kasut sukan diteruskan lagi oleh Adidas dengan memperkenalkan Adidas Climacool®. Penggunaan material yang diberi nama Climacool® ini mampu membuat kaki anda bernafas dengan lebih efektif dibantu sistem pengudaraan yang dipertingkatkan sekaligus memberi pengalaman berbeza dalam evolusi kasut sukan yang ada di pasaran sehingga hari ini. Dengan perincian lapisan benang berbentuk semanggi mampu mengekalkan tahap kekeringan pada tapak kaki ketika anda berlari.

Komen Anda

*