Pigmentasi 101

Share on Facebook31Tweet about this on Twitter0Share on Google+1Email this to someonePin on Pinterest0

Kesan tompok hitam pada kulit, jeragat atau pigmentasi merupakan salah satu musuh utama wanita selepas kedutan. Walaupun pada kebiasaannya jeragat mula menyerang kulit wajah seseorang sekitar usia 30 hingga 45 tahun, kajian telah membuktikan yang pigmentasi boleh mula timbul seawal usia 16 tahun dan bilangannya bertambah selari dengan usia.
 

Woman with damp face covering from sun.

Gambar: arizonafoothillsmagazine.com

 
Sebab Berlakunya Pigmentasi

Lelaki lebih bernasib baik kerana kurang terdedah kepada masalah ini kerana hormon semula jadi yang ada pada mereka. Begitu juga dengan mereka yang berkulit agak gelap kerana ketiadaan melasma pada kulit. Wanita Asia yang tinggal di negara bercuaca tropika lebih terdedah kepada risiko pigmentasi kerana pancaran matahari yang mengandungi ultra ungu.
 
Menurut pakar kulit, pigmentasi terbentuk akibat aktiviti melasma berpunca daripada tindakan hormon yang merangsang sel melanin pada kulit. Selain hormon, faktor genetik juga mempengaruhi masalah itu. Pigmentasi mula terbentuk di dalam kulit sejak zaman kanak-kanak lagi. Cahaya matahari mengaktifkan melasma dan sekiranya seseorang itu kerap berjemur, ia akan mempercepatkan kemunculan pigmen pada kulit wajah.
 
Wanita mengandung dan yang baru melahirkan anak juga terdedah kepada kewujudan jeragat pada kulit kerana perubahan hormon yang dialami. Begitu juga dengan wanita yang mengamalkan pil kontraseptif, potensi untuk kulit mereka berjeragat adalah lebih tinggi daripada wanita biasa.

 

Pevention is better than cure!

Ada yang mengatakan pigmentasi tidak dapat dirawat sepenuhnya, hanya dapat mengurangkan sedikit kesan tompok hitam yang ada pada wajah. Oleh itu pencegahan awal adalah sangat digalakkan.
 
1. Gunakan pelembap wajah yang mengandungi SPF. Lebih baik sekiranya ia disapu pada wajah tiga jam sekali. Pilih krim UV berdasarkan kecerahan kulit. Sekiranya anda berkulit cerah, pilih krim yang mempunyai kandungan SPF yang lebih tinggi seperti SPF 30 atau SPF 50.
 
2. Bawa payung setiap hari, bukan sahaja untuk melindungi anda daripada hujan, tetapi juga untuk melindungi kulit anda daripada pancaran matahari.
 
3. Amalkan gaya hidup sihat walaupun ketika muda remaja. Minum sekurang-kurangnya 1.5 liter air sehari, gunakan produk kulit dan alat solek yang sesuai dengan anda, jangan merokok dan amalkan diet yang seimbang.
 
4. Hati-hati ketika membeli ubat. Dapatkan maklumat lanjut daripada ahli farmasi kerana sesetengah ubat boleh menggalakkan pigmentasi pada kulit.

 

Sekiranya sudah terlambat…

Mereka yang berkemampuan memilih rawatan laser untuk merawat pigmentasi tetapi kesannya tidak lama dan ia akan menipiskan kulit dalam jangka masa panjang. Sesetengah produk pemutihan berkesan mengurangkan jeragat pada wajah tetapi ada juga yang memberikan kesan pencerahan yang tidak sekata. Di sini kami senaraikan beberapa cara rawatan semula jadi sebagai alternatif untuk anda.
 
1. Lenyekkan isi buah avokado, ambil jusnya dan sapukan pada pigmentasi pada kulit wajah anda.
 
2. Sapukan cocoa butter pada jeragat dan urutkannya. Lakukannya dua sehingga tiga kali seminggu.
 
3. Campurkan jus limau kasturi dengan madu, sapukan pada wajah dan biarkannya selama sepuluh minit.
 
4. Lenyek kentang mentah untuk mendapatkan jusnya. Sapukan ia pada kawasan yang berjeragat.
 

Share on Facebook31Tweet about this on Twitter0Share on Google+1Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*