Rekaan Rizalman Kini di Zalora

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+1Email this to someonePin on Pinterest0

Sekiranya tahun lepas pereka fesyen terkemuka ini telah bergabungi dengan Tesco untuk memasarkan koleksi hari raya mampu milik daripadanya, kini Zalora pula mendapatkan Rizalman Ibrahim untuk merealisasikan impian pelanggan mereka yang teringin menyarungkan koleksi eksklusif daripadanya. Jika sebelum ini koleksi Jovian Mandagie terjual seperti goreng pisang panas di laman web Zalora, koleksi Rizalman ini dijangka mengulang sejarah yang sama.

CURI BAJU NENEK ANDA UNTUK BERGAYA >>

SUNTIKAN MODEN BAJU RAYA >>

SUAI PADAN BAJU RAYA >>

SOLEKAN ANGGUN PAGI RAYA >>

Koleksi terhad yang menampilkan kaftan moden, jubah, gaun labuh dan baju kurung moden ini tidak lari dari signature rekaan Rizalman yang kerap mengetengahkan unsur kontemporari di dalam rekaan baju tradisionalnya. Koleksi Hari Raya 2013 Rizalman Ibrahim ini telah pun dibuka untuk tempahan dan dijangka siap dan dihantar terus ke hadapan pintu rumah anda pada 24 Jun. Melihat pada rekaan dan fabrik, kami merasakan harga untuk koleksi ini adalah sangat berpatutan.

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+1Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*