Selebriti Perawan Hollywood

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+1Email this to someonePin on Pinterest0

Keperawanan mungkin dipandang remeh oleh rata-rata orang barat terutamanya selebriti dan sekiranya mereka ingin memelihara kesucian masing-masing, ia seperti menjadi isu yang diperkatakan. Isunya adalah, bolehkah mereka mempertahankannya sehingga ke hari perkahwinan mereka? Dan selain daripada Britney Spears dan Adriana Lima, siapa lagi yang berjanji untuk mempertahankan keperawanan mereka sehingga berkahwin?

Gambar: commons.wikimedia.org

BENARKAH WALNUT MENGELAKKAN NYANYUK? >>

Hilary Duff

Pada tahun 2006, Hillary Duff mengatakan yang keperawanannya merupakan sesuatu yang sangat berharga untuknya. Pada tahun 2009 pula, Duff yang kini telah berkahwin dan mempunyai anak, mengatakan yang dia tidak pernah berkata yang dia seorang perawan pada ketika itu.

 

Gambar: aceshowbiz.com

APA MAKNA DI SEBALIK MIMPI SEKS YANG ANDA ALAMI >>

Jordin Sparks

Ketika Jordin Sparks berumur 18 tahun dia berjanji untuk menjaga keperawanannya sehingga dia berkahwin. Kini setelah berusia 22 tahun, dia telah berubah fikiran dengan menyatakan yang dia tidak akan tahu apa yang bakal berlaku pada masa yang terdekat ini.

Gambar: salon.com

AKTIVITI SENAMAN EFFORTLESS >>

Jessica Simpson

Rata-rata tahu yang Jessica Simpson datang dari keluarga yang agak kuat pegangan agamanya jadi pada zaman remajanya dia telah berjanji kepada Tuhan, bapanya dan bakal suaminya yang dia akan kekal perawan sehingga dia berkahwin. Jessica Simpson yang kini telah bercerai dengan Nick Lachey sedang mengandungkan anak kepada tunangnya.

Gambar: beauty.about.com

CARA PELIK CUCI KERETA >>

Miley Cyrus

Pada tahun 2007, Miley Cyrus pernah memberitahu peminatnya yang dia hidup di dalam kehidupan yang dirasakan betul olehnya – iaitu menjaga kesucian dirinya. Namun begitu di dalam temu bual dengannya baru-baru ini, dia mengatakan yang seks adalah sesuatu yang indah.

Gambar: fanpop.com

Taylor Swift

Setelah gosip yang mengatakan Taylor Swift mengandung pada tahun 2008, dia telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa sangat mustahil untuknya mengandung. Ini membuatkan ramai mengatakan yang dia seorang perawan. Kini, Swift yang gemar bertukar teman lelaki ini dikatakan berpisah dengan anggota kumpulan One Direction, Harry Styles, kerana Styles tidak berkhatan.

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+1Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*