Selesa Berjalan Berkasut Tinggi

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Memang cantik kalau berkasut tinggi. Secara ilusi, anda akan tampak lebih kurus kerana ketinggian yang diberikannya dan bentuk badan akan tampak lebih menarik. Tetapi, jarang sekali anda boleh bertahan seharian dengan kasut bertumit tinggi. Jangan risau kerana kami ada senarai bagaimana anda boleh berkasut tinggi tanpa kaki merasa perit.
 

selesa berjalan

Gambar: news.byu.edu

 
Kenali Kasut Anda

Sekiranya bahagian badan atau dalam kasut keras, pasangkan pelapik kasut yang lembut untuk mengurangkan geseran yang boleh menyakitkan kaki anda. Pilih kasut yang tumitnya jauh dari bahagian hadapan untuk memberi lebih kestabilan. Letakkan pelindung tapak di dalam kasut anda untuk memberikan lebih cengkaman dan ini boleh mengelakkan anda daripada terjatuh. Sekiranya bahagian hadapan kasut sempit dan tidak boleh bernafas, hantarkannya ke tukang kasut untuk diperbaiki. Tekanan di bahagian hadapan kasut boleh memenatkan kaki anda.

TIP PENJAGAAN KASUT >>

 
Cara Berjalan Dengan Betul

Tumit tinggi membawa berat anda ke hadapan, jadi lebarkan jari kaki untuk menampung berat itu. Untuk keseimbangan badan, tegakkan kepala dan tegapkan bahu ketika berjalan. Cara ini dapat mengurangkan tekanan pada kaki anda ketika berjalan. Jangan berjalan seperti anda memakai kasut biasa. Kecilkan langkah anda dan pastikan seluruh tapak kaki anda terasa memijak lantai ketika berjalan. Sekiranya anda tidak dapat mengimbangi badan, goyangkan sedikit punggung mengikut rentak langkahan anda ketika berjalan untuk mengelakkan anda daripada terjatuh.

KAKI PELAKON ROSAK KERANA KASUT TUMIT TINGGI >>

 
Keselesaan Itu Penting

Banyak kusyen kasut yang terjual di pasaran. Sekiranya kasut anda berhujung tirus, letakkanlah kusyen di bahagian hadapan supaya jari kaki anda boleh bernafas. Ketika anda memakai kasut tinggi, di bahagian tengah tapak kaki akan berasa kosong. Letakkan kusyen kasut di bahagian tersebut untuk memberi lebih cengkaman. Kusyen kasut di bahagian tapak kaki hadapan penting kerana berat anda tertumpu di bahagian tersebut ketika berjalan dengan kasut tumit tinggi. Gunakan heel pads untuk mengelakkan kaki anda terkeluar daripada kasut ketika berjalan.
 

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*