Sherry Ibrahim Berkongsi Pengalaman Percutiannya

Pelakon Sherry Ibrahim berkongsi pengalaman percutiannya, eksklusif bersama EH!

 IMG 1204 Sherry Ibrahim Berkongsi Pengalaman Percutiannya

Anda sukakan percutian yang adventurous, relaks atau elegan?

Elegan dan relaks. Namun, semuanya bergantung kepada destinasi.

 

Tip percutian yang mahu dikongsi?

Perlu ada perancangan apa yang mahu dilakukan. Saya tidak suka lakukan perkara di saat akhir. Jika dirancang pada saat akhir pada saya ia membuang masa. Dan paling penting kita mesti bercuti dengan orang yang disenangi supaya percutian lebih ceria dan bermakna.

 IMG 0247 Sherry Ibrahim Berkongsi Pengalaman Percutiannya

Pengalaman tidak dilupakan sewaktu bercuti?

Tertinggal kapal terbang dari Doha ke New York. Jadi, sudah rugi sehari. Pabila tiba di John F. Kennedy Airport, saya ditahan untuk secondary check kerana saya bercuti seorang dan juga kerana ‘sir name’. Yang paling kelakar pabila mereka bertanyakan soalan-soalan yang pelik termasuk apakah muzik kegemaran saya. Kawan-kawan semuanya sudah risau, menyangka saya diculik kerana saya tidak boleh menjawab sebarang panggilan sewaktu disoal siasat.

 

Mengapa bercuti itu penting bagi anda?

Untuk lari daripada rutin harian. Selain itu dapat meluangkan masa bersama yang tersayang, berkongsi pengalaman yang menarik dan tentunya mencipta lagi satu memori yang akan dikenang sampai bila-bila.

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*