Spa Kaki Di Rumah

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Tentu malu jika berhadapan situasi begini. Seimbangkan kecantikan wajah dengan bahagian badan yang lain. Barulah anda digelar wanita sempurna. Tidak perlu ke salun mahupun spa, anda boleh berjimat dengan melakukannya sendiri di rumah menggunakan bahan semula jadi yang mudah didapati.

Cara-cara rawatan kaki

1. Bersihkan pewarna kuku menggunakan kapas lembut dan pembersih pewarna kuku serta potong kemas kuku kaki anda.

2. Penuhkan bekas dengan ramuan istimewa spa kaki anda. Campurkan 1/4 cawan jus lemon, 1/8 sudu teh serbuk cengkih, tiga sudu besar minyak zaitun, 1/4 cawan susu dan 1/3 cawan air suam. Ramuan ini bertujuan untuk memberi kelembapan kepada kulit kaki.

3. Rendam kaki di dalam air ramuan itu dan biarkan ia meresap ke dalam kulit selama 10 hingga 15 minit.

4. Setelah kulit menjadi lembut, gosok kaki menggunakan skrub buatan sendiri. Elakkan gosok permukaan kaki terlalu kuat, bimbang jika menimbulkan kerengsagan. Gosok mengikut putaran yang betul bagi melancarkan perjalanan darah dalam badan.

5. Bilas kaki menggunakan tuala kering dan bersih. Sudahi rawatan spa anda dengan menyapu losen atau krim khas untuk kaki yang diperkaya dengan bahan pelembap.

 

LELAKI JUGA PERLU JAGA MUKA >>

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*