Stail Rambut Anti-aging

Apabila umur sudah mencecah 30an, apa yang dititik-beratkan adalah produk anti penuaan supaya wajah tidak menampakkan umur sebenar. Lupakan penjagaan kulit muka, rambut juga boleh membuatkan anda kelihatan sepuluh tahun lebih muda. Di sini, kami ada beberapa tip stail rambut yang boleh membuatkan anda kelihatan seperti anak dara!

HAIR TRENDS TERHANGAT >>

Potongan Bob

Potongan rambut bob mampu memberikan face-lift kepada anda secara semula jadi. Sudut yang tercipta daripada potongan rambut ini, memberi ilusi yang menaikkan tulang pipi dan menjadikan rahang tampak lebih tinggi sekali gus boleh mengurangkan kendur pada kulit.

 

KEBAIKAN LEMON UNTUK RAMBUT >>

Potongan Pendek Berlapis

Stail rambut seperti ini harus dipotong sama panjang dengan pertengahan leher anda. Rambut pendek berlapis ini akan mencipta ilusi rambut yang lebih lebat. Wajah yang cengkung boleh menampakkan anda lebih tua daripada usia sebenar. Potongan rambut sebegini boleh menampakkan wajah sedikit lebar untuk mereka yang berwajah cengkung.

BETULKAH LELAKI SUKA PERHATIKAN RAMBUT WANITA? >>

Rambut Depan

Walau apa potongan rambut anda, jangan sesekali melupakan rambut bahagian depan. Bangs atau side fringe memberikan awet muda kepada wajah secara semula jadi. Bukan sahaja ia dapat menyembunyikan kedutan pada dahi, ia turut menonjolkan tulang pipi dan menampakkan wajah lebih penuh yang memberikan unsur comel kepada anda. Kecomelan itu yang membuatkan anda tampak lebih muda daripada usia sebenar.

RAWATAN RAMBUT ROSAK DARI DALAM ALMARI RUMAH >>

Sumber: MSN Living

Komen Anda

*