Tahniah Fasha Sandha dan Rizal Ashram!

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Gembira sungguh membaca perkhabaran mengenai Fasha Sandha yang sudah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Perkara ini diumumkan sendiri oleh suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih manja dengan panggilan Jejai di laman Twitternya dan turut berkongsi gambar bayi lelakinya itu di laman Instagram miliknya.

FASHA SANDHA BAKAL LAHIRKAN BABY BOY >>

Gambar: instagram Rizal Ashram

 

Gambar: facebook we love fasha sandha

BABY BOY UNTUK NING BAIZURA >>

Bayi lelaki mereka selamat dilahirkan pada 15 April 2013 jam 9.21 pagi. Ini merupakan putera kedua untuk Jejai yang mempunyai seorang lagi anak lelaki, Putera Reykal Ramli, hasil daripada perkahwinannya dengan aktres Nora Danish.

PUTERA IRMA HASMIE DAN AYU RAUDHAH >>

Gambar: facebook we love fasha sandha

Gambar: instagram Rizal Ashram

NOSTALGIA PERKAHWINAN DATIN SOFEA JANE >>

Turut bersama mereka berdua ketika kelahiran adalah ibu dan bapa Jejai, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan YM Raja Puan Sri Noora Ashikin Raja Abdullah. Semoga kehadiran cahaya mata pertama ini mengindahkan lagi kehidupan rumah tangga mereka berdua!

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*