Teknik Ciuman Kasih Sayang Mesti Cuba

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter14Share on Google+1Email this to someonePin on Pinterest0

Ciuman merupakan salah satu cara untuk merapatkan hubungan intim anda dengan pasangan. Ramai yang mendakwa, ciuman jauh lebih bermakna daripada hubungan seks. Namun, sekiranya setiap hari ciuman yang sama diberikan kepada pasangan, lama-kelamaan ia akan menghilangkan keseronokannya. Pelbagaikan teknik ciuman anda dengan mengeksperimenkan senarai ciuman di bawah ini dengan suami atau isteri!

Angel Kiss

Ia merupakan ciuman yang menenangkan ramai gadis. Kucuplah si buah hati secara perlahan-lahan di bahagian kelopak mata atau di bahagian sekeliling mata.

Eskimo Kiss

Dengan wajah yang berdekatan, rasakan setiap nafas pasangan anda. Lagakan hidung anda dengan hidung si dia sebelum anda mencium bibirnya.

Hot/Cold Kiss

Ciuman ini seronok untuk anda eksperimentasi! Minum air sejuk dan minta pasangan anda meminum air panas. Tinggalkan sedikit air sahaja di dalam mulut masing-masing dan mulakan French kiss.

Freeze Kiss

Letakkan sekeping ais kecil di dalam mulut anda . Buka mulut dan ciumlah pasangan anda sambil memasukkan ais tersebut ke dalam mulutnya.

SAIZ TIDAK MENJAMIN KEPUASAN >>

RAHSIA LELAKI AKHIRNYA TERBONGKAR >>

TEKNIK PUJUK LELAKI MERAJUK >>

KRITERIA BARU CINTA IDAMAN >>

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter14Share on Google+1Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*