Afiq Muiz

Muhamad Afiq Muiz Azman Shah antara wajah baru dunia peragaan yang perlu diberi perhatian. Usianya yang masih muda memberi ruang untuk mencipta nama terbentang luas.

lelaki1 Afiq Muiz

MENGAPA DUNIA MODELLING JADI PILIHAN?

Ia memang minat sejak di bangku sekolah. Dan saya akui, jika dibuat dengan bersungguh-sungguh ia salah satu cara mudah untuk mendapatkan wang. Penglibatan saya di dalam dunia peragaan juga telah membuka pintu untuk saya mencuba dunia lakonan.

PENGALAMAN DI SET PENGGAMBARAN (DRAMA) KALI PERTAMA?

Sejujurnya berlakon tidak semudah disangka. Saya sendiri menggalami kesukaran untuk dapatkan feel dan mood. Mujur krew penerbitan banyak membantu. Menonton drama dan fi lem salah satu cara saya memperbaiki diri.

APA YANG DILAKUKAN UNTUK MEMAKBULKAN IMPIAN INI?

Sewaktu di tingkatan empat saya bekerja di kilang, mengumpul wang untuk menghadiri kelas modelling, dan ada juga menyertai pertandingan peragaan dan menghadiri uji bakat untuk komersial.

KELEBIHAN AFIQ?

Alhamdulillah, Allah anugerahkan sedikit rupa. Saya juga seorang yang berdikari, tidak suka bergantung pada orang. Seawal usia 16 tahun saya sudah mula mencari wang sendiri. Bekerja kilang ketika cuti sekolah dan berniaga burger pada waktu malam.

KELEMAHAN DIRI PULA?

Saya tidak suka dipaksa, kelak saya cepat meradang.

ADAKAH AFIQ LETAKKAN SEBARANG TARIKH ‘TAMAT TEMPOH’ DI DALAM BIDANG PERAGAAN?

Sasaran saya sehingga usia mencecah 30 tahun. Kemudian saya bercadang membuka restoran. Kebetulan abang saya seorang chef, ia memudahkan perancangan saya ini.

APA YANG DILAKUKAN PABILA STRES?

Saya suka bersendirian, dan adakalanya saya menjerit di dalam air… ha ha ha.

TIGA PERKATAAN MENGGAMBARKAN PERSONALITI DIRI AFIQ?

Saya seorang yang ‘cool’, bijak berjenaka dan mudah mesra dengan sesiapa.

DESTINASI PERCUTIAN IMPIAN?

Saya teringin bermain ski di kawasan bersalji. Hawaii juga di dalam senarai lokasi impian. Suatu hari nanti jika diizinkan Allah pasti tiba jua ke sana.

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*