Anding Indrawani

Memperjudikan nasib di dalam pertandingan nyanyian, namun yang terjadi sebaliknya. Hari ini Anding ligat di set penggambaran. tlelaki2 Anding Indrawani Anak kelahiran Sarawak ini pernah mencipta fenomena bersama teman-temannya di Akademi Fantasia musim kedua. Selepas namanya seakan suram beberapa tahun, dia muncul dengan drama bersiri Ghost musim kedua tahun lalu. Hotel Mania di TV3 pula menjadi taruhannya tahun ini. Khabarnya rating melebihi dua juta tiap kali bersiaran. ANTARA NYANYIAN DAN LAKONAN, YANG MANA SERASI DENGAN JIWA? Muzik adalah passion manakala ?lem adalah minat saya sejak kecil, dan kerana itu saya menyambung pelajaran dalam bidang per? leman. Namun penampilan sebagai pelakon lebih menyinar berbanding nyanyian. Saya masih meneruskan passion sebagai penyanyi, dan ada menulis lagu untuk diri sendiri. ARAH TUJU MUZIK ANDA? Dulu jiwa saya serasi dengan pop, hari ini lebih variasi. Kedewasaan menjadikan saya bersifat lebih terbuka tentang muzik. Jazz dan soul antara minat saya kini. Namun pabila melakukan persembahan saya perlu kaji minat penonton. Tidak boleh syok sendiri. POPULARITI KINI TIDAK SEHANGAT ZAMAN AF. BAGAIMANA PULA DENGAN KEHIDUPAN KINI DAN PRIVACY? Populariti tidak pernah merubah hidup saya. I’m just being myself ke mana sahaja saya pergi. Saya tidak ?kirkan soal privacy . Dunia seni Malaysia kecil sahaja, exclusivity is nonsense , kecuali nama anda besar. *sila rujuk majalah untuk selanjutnya.

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*