Azlee Khairi

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter16Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Di sebalik wajah komersialnya, mungkin ramai yang tidak menyangka jejaka ini dahulunya berjinak-jinak dengan sukan bola sepak sebelum bergiat dalam industri hiburan. Pernah muncul menerusi komersial Brylcream, dia tidak menoleh ke belakang lagi apabila membuat keputusan untuk terjun ke dunia lakonan. Bekas graduan jurusan filem dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini turut memasang impian untuk menjadi penghibur versatil dan pengarah tersohor suatu hari nanti. Mari mendekati jejaka kelahiran Kuala Kangsar, Perak ini bercerita tentang impian dan misi kariernya!


Mengapa memilih untuk terjun ke bidang seni?

Saya tidak pernah terfikir untuk menyertai industri hiburan. Semuanya terjadi apabila saya menyambung pengajian di dalam jurusan seni persembahan dan turut berpeluang mengasah bakat.

Cabaran dari bola sepak ke bidang seni?
Sebagai ahli sukan, daripada makan minum dan tidur semuanya sentiasa terurus. Berbeza dengan sekarang, waktu kerja yang tidak menentu dan jadual yang padat membuatkan saya sedikit tidak terurus.

Siapakah pelakon kegemaran Azlee?

Saya menggemari Johnny Depp kerana saya lihat lakonan beliau jarang sekali menampilkan watak yang serupa. Saya ingin mencontohi dia yang sentiasa tampil dengan kelainan.


Siapakah pemain bola sepak dan pasukan yang diminati?

Saya meminati Ronaldinho dan merupakan penyokong setia pasukan Liverpool.

Janji temu tidak sempurna jika…
Jika pasangan tidak bijak berkomunikasi. Komunikasi adalah tunjang dalam setiap perhubungan dan saya sukakan gadis yang manja.

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter16Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*