Grooming

THE FACE SHOP

Produk penjagaan kulit nombor satu Korea, The Face Shop mengumumkan duta terbarunya, Kim Hyun-Joong, iaitu penyanyi dan aktor terkenal berasal dari Korea Selatan. Menurut The Face Shop, Hyun-Joong memenuhi kriteria The Face Shop. Wajah Hyun-Joong bakal menghiasi kempen The Face Shop di 19 buah negara seluruh dunia termasuk Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

HUGO BOSS

Aktor tampan Ryan Reynolds diangkat menjadi wajah baru bagi wangian tersohor Hugo Boss, Boss Bottled. Night. Wangian ini adalah adunan baru yang dicipta untuk disembur pada waktu malam. Wangian Boss Bottled. Night sebelum ini mencipta sejarahnya tersendiri pabila berjaya terjual sebanyak 60 juta unit sejak mula diperkenalkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

BONIA

Bonia memperkenalkan haruman sulungnya Bonia Pour Homme yang begitu kental ciri-ciri maskulinnya. Ciptaan wangian ini mendapat kerjasama Atelier des parfums yang berpangkalan di French Riviera. Haruman ini tercipta hasil adunan buah pic dan sitrus. Milikinya pada harga RM125.00 dan RM132.00

Komen Anda

*