Izzue Islam: Tidak Mahu Tiru Gaya Orang Lain

Namanya sudah cukup unik untuk disebut-sebut. Berasal dari Kota Bharu, jejaka berusia 21 tahun ini kini bersedia untuk mewarisi bakat lakonan sebagai generasi seterusnya. Izzue Islam, itulah gerangan orangnya. Sempat juga laman web EH! mendapatkan info eksklusif buat tatapan pembaca dengan bertanyakan soalan-soalan ‘luar biasa’ kepada Izzue. Are you ready?

Capture062 Izzue Islam: Tidak Mahu Tiru Gaya Orang Lain 1) Jika Izzue seorang selebriti Hollywood, siapakah aktor dan aktres yang ingin Izzue jadikan sebagai ‘BFF’?

Jikalau aktor, Izzue pastinya memilih Johnny Depp. Dia memiliki segala kriteria untuk menjadi aktor hebat. Mungkin kami boleh berkongsi pendapat tentang lakonan tetapi bukan fesyen. Saya tidak mahu terikut-ikut gaya orang lain. Lebih selesa jika saya tampil dengan gaya sendiri.

Jika aktres pula, saya akan memilih Angelina Jolie. She is truly hot! Lakonannya pula, fuh, gempak! Dia boleh bertukar kepada apa jua watak dengan berkesan. She’s like chameleon, sama seperti Johnny.

2) Kalau Izzue mempunyai RM1 juta, apakah yang Izzue akan lakukan?

Pertama, Izzue akan bagi duit pada ibu, nenek dan keluarga untuk menunaikan haji dan umrah. Kedua, Izzue akan membeli rumah untuk ibu juga Izzue sendiri. Kemudian, barulah perbelanjaan untuk melengkapkan persiapan Izzue sebagai seorang pelakon berjaya.

3) Yang mana lebih penting, duit atau cinta?

Duit! Tiada wang, tiadalah cinta. Itulah hakikat yang perlu diterima. Orang masa kini tidak akan dipandang jika tiada duit. Namun, cinta juga diperlukan untuk melengkapkan hidup. Cinta tidak terhad kepada kekasih sebaliknya cinta pada Allah, keluarga dan diri sendiri lebih penting.

female030 Izzue Islam: Tidak Mahu Tiru Gaya Orang Lain

4) Jika Izzue seorang pemimpin, apakah perubahan yang ingin Izzue lakukan?

Menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas! Izzue akan memperbanyakkan kemudahan awam seperti LRT bukan sahaja di lokasi-lokasi utama tetapi juga kawasan luar bandar yang berada di sekitar Kuala Lumpur. Selain itu, Izzue akan mengurangkan kadar tol kerana tidak semua pemandu berpendapatan tinggi. Ada yang terpaksa menggunakan kereta disebabkan jumlah anak yang ramai. Kasihan mereka, kan?

female126(2) Izzue Islam: Tidak Mahu Tiru Gaya Orang Lain 5) Apakah perkara paling romantik pernah Izzue lakukan untuk si dia?

Ketika Izzue berusia 14 tahun, peralatan canggih seperti telefon bimbit masih belum mampu dimiliki. Jadi, untuk mengirim mesej kepada si dia, Izzueterpaksa menulis surat yang disembur dengan minyak wangi mahupun bedak! Paling melucukan, surat itu diletakkan dandi sorokkan di bawah mejanya. Nama pun cinta monyet…Haha!

 

6) Mesej istimewa buat peminat tersayang?

Cintai Allah. Cintai Nabi Muhammad. Cintai keluarga. Cintai diri sendiri. Akhir sekali, barulah cintakan saya! Itu mesej istimewa Izzue kepada peminat supaya pentingkan cinta-cinta yang disebut tadi dan jaga diri. Selain itu, think positive! Sekalipun masalah yang didepani begitu membebankan, hadapilah ia dengan positif. Elakkan stres sebaliknya tanganilah dengan tenang dan rasional.

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*