Tiga Resolusi Gaya 2013

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Trend fesyen terus berputar, namun apakah cara untuk memastikan signature gaya anda turut selari dengan trend fesyen terkini? Cipta resolusi gaya agar anda tidak ketinggalan.

 

Fendi

1. Formula Fesyen Sendiri

Cipta dan rekan formula fesyen anda sendiri. Anda lebih kenal dengan bentuk  badan, personaliti diri serta sejauh mana penampilan menentukan tahap keyakinan anda. Kenali rekaan atau potongan yang padan dengan bentuk tubuh. Di pasaran terdapat variasi jenama, namun hanya jenama tertentu dengan bentuk tubuh dan cita rasa anda. Apa yang sesuai dengan teman anda, tidak semestinya padan untuk anda.

Moschino

2. Mainan Corak

Padanan serba corak dilihat sungguh menonjol di pentas peragaan musim bunga/panas 2013. Namun, sebagai orang biasa (yang mungkin tidak punya tubuh selangsing atau setinggi model) agak payah untuk menemui padanan corak dengan corak yang tepat. Jadi, sebagai permulaan pilih satu sahaja yang bercorak, dan seeloknya cuba corak baru. Usah terikat pada gaya cetakan sama seperti genggang atau berbunga. Segarkan penampilan dengan corak terkini seperti geometri ataupun abstrak. Seeloknya pilih corak yang mewah warna, barulah penampilan tampak lebih segar bugar.

 

Versus

3. Kemas Kini ‘Closet’

Susun himpunan kain baju serta aksesori dalam susunan yang lebih kemas. Punggah semua helaian yang ada di dalam almari dan simpan yang masih muat, elok dipakai dan masih tampak klasik.

Almari yang kemas memudahkan proses padu padan, mengelakkan anda membeli helaian yang sudah ada dan memudahkan anda menganalisis cita rasa anda sendiri. Jika himpunan anda sarat dengan baju berona kelam, mungkin sudah tiba masanya anda menyuntik sedikit warna, begitulah sebaliknya.

HELAIAN ASAS UNTUK TAMPIL ‘WOW’ >>

Share on Facebook0Tweet about this on Twitter0Share on Google+0Email this to someonePin on Pinterest0

Komen Anda

*