Kerjaya Lelaki yang ‘Playboy’?

‘Playboy’ antara sifat yang cukup sinonim dengan golongan lelaki. Lebih-lebih lagi jika dunia kerjaya lelaki sering dikelilingi wanita cantik hampir setiap masa. Web EH! mendekati empat jejaka ini – juruterbang, DJ kelab, aktor dan pelumba motosikal bertaraf dunia. Apakah pandangan mereka?

Aizat Hussein
Juruterbang

aizat baru 250x300 Kerjaya Lelaki yang ‘Playboy’? Tidak dinafikan, juruterbang sering dikelilingi krew penerbangan wanita. Apatah lagi setiap daripada mereka sentiasa berpenampilan cantik, kemas dan menawan. Namun, tidak semestinya semua juruterbang bersifat ‘playboy’. Kebanyakan daripada kami adalah lelaki yang setia terhadap kekasih.Kami sentiasa mengehadkan perbualan terutama dengan krew kabin mahupun penumpang. We must be professional. Kalau ada pun juruterbang yang suka mendampingi ramai wanita, peratusnya mungkin kecil.

aizat 2 300x225 Kerjaya Lelaki yang ‘Playboy’? Ironinya, apa yang terjadi pada saya adalah terbalik iaitu penumpang yang cuba mendekati saya! Hahaha!

Reuben Samuel
DJ Kelab

reuben 2 226x300 Kerjaya Lelaki yang ‘Playboy’? Sukar untuk saya menyangkal stigma itu kerana memang ada segelintir daripada golongan DJ kelab mempunyai sifat ‘playboy’. Sehinggakan tempiasnya mengenai kami semua yang ‘tidak bersalah’. Haha! Sejujurnya, ia bergantung kepada karakter masing-masing but I am definitely not one of them. Benar, ramai wanita cuba mendekati setiap kali saya beraksi memutarkan lagu. Tetapi saya menolak dengan baik. Mereka perlu faham, saya hanya berminat untuk menghiburkan orang ramai dan bukan untuk memburu wanita.

reuben 210x300 Kerjaya Lelaki yang ‘Playboy’? Namun, jangan terkejut kerana ada yang memasuki bidang ini semata-mata untuk didampingi ramai wanita!

Izzue Islam
Aktor

izzue islam2 213x300 Kerjaya Lelaki yang ‘Playboy’? Mungkin aktor yang dipandang sebagai ‘playboy’ itu tidak langsung mempunyai niat buruk sehingga digelar sedemikian. Orang ramai perlu faham, bukan mudah untuk mencipta chemistry dalam lakonan ketika digandingkan bersama pelakon wanita. Untuk memiliki chemistry itu, kami perlu meluangkan lebih masa agar lakonan tampak lebih natural. Mungkin kami terpaksa keluar makan tengahari bersama jika makanan tiba lewat di lokasi penggambaran. It’s all about work and exercise, not more than that.Jika ia bukan disebabkan soal kerja, mungkin aktor itu masih tercari-cari pasangan yang paling sesuai sehingga terpaksa bertukar kekasih.

izzue islam 300x233 Kerjaya Lelaki yang ‘Playboy’? Kita perlu sentiasa berfikiran positif tanpa perlu melemparkan persepsi buruk tanpa menyiasat situasi sebenar. Betul tak?

Zulfahmi Khairuddin
Pelumba motosikal bertaraf dunia

zulfahmi 4 199x300 Kerjaya Lelaki yang ‘Playboy’? Saya akui, wanita penting dalam hidup saya tetapi saya tidak mempunyai masa untuk semua itu. Fokus saya hanya tertumpu dalam perlumbaan motor yang menjadi kerjaya utama. Namun, tidak dinafikan persepsi stereotaip itu tidak dapat lekang daripada dunia perlumbaan. Mungkin disebabkan sukan ini yang penuh aksi menjadikan wanita lebih tertarik untuk mendekati pelumba. Apatah lagi apabila melihat litar dipenuhi ramai gadis cantik, tentunya orang ramai akan melabelkan kami sebegitu.

zulfahmi 3 300x230 Kerjaya Lelaki yang ‘Playboy’? Anda mungkin lihat golongan lelaki sebaya saya menikmati masa seronok sementara umur masih muda. But I am different. Saya sanggup mengorbankan usia muda saya untuk berlatih di gim dan trek demi berusaha memenangi setiap perlumbaan yang disertai.

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*