Santai Sekinchan Ikan Bakar

santaikota Santai Sekinchan Ikan BakarBayangkan ikan bakar dicicah air asam atau sambal kicap berperah limau mahupun sambal belacan. Alahai, tiba-tiba perut berasa lapar. Mendengar sahaja sudah bisa buat terliur. Ikan bakar, siapa yang tidak suka? Seekor tidak cukup. Jika dahulu ada yang terpaksa memandu jauh ke pinggir kota hanya kerana ingin menikmati hidangan ikan bakar yang enak. Itulah hebatnya penangan ikan bakar, hidangan kegemaran ramai tanpa mengira usia mahupun bangsa. Terbaru, Sekinchan Ikan Bakar membuka pintunya beberapa bulan lalu. Kini warga Kuala Lumpur tidak perlu memandu jauh semata-mata untuk menikmati ikan bakar yang enak, jengah sahaja ke Sekinchan Ikan Bakar. Walaupun masih baru, namanya sudah menjadi sebutan ramai. Khabarnya baru sebulan beroperasi hampir 35,000 pelanggan datang bertandang. Itulah hebatnya penangan ikan bakar di sini. Restoran berkeluasan 4,000 kaki persegi ini terletak di Kompleks CentrumSetiawangsa. Lokasinya yang strategik antara faktor utama mengapa restoran ini mendapat sambutan hangat. *sila rujuk majalah untuk selanjutnya.

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*