Tip Perhubungan dengan Kekasih Gila Kerja

Sekiranya anda meminati sitkom How I Met Your Mother, pasti anda merasakan temu janji dua minit Ted bersama Stella sangat sweet. Itulah usaha seorang lelaki untuk  kekasih yang gila kerja. Adakah anda juga terperangkap di dalam situasi yang sama? Kami ada tip untuk anda mempertahankan perhubungan dengan kekasih yang gila kerja.

MAKNA DI SEBALIK MIMPI SEKS ANDA >>

Jadi Teratur Sepertinya

Anda boleh aplikasikan cara si dia mengatur jadual kerjanya ke dalam jadual perhubungan anda berdua. Cuba periksa waktu dan temu janji kerjanya dan buat jadual untuk anda berdua juga. Tuliskan aktiviti yang anda rancangkan ke dalam jadual kerja miliknya untuk mengingatkannya. Tetapi jangan sesekali mengacau waktu kerjanya.

 ADAKAH ANDA MANGSA REBOUND? >>

Curi Masa Makan Tengahari

Cuba sedaya upaya untuk meluangkan sedikit masa untuk makan tengah hari bersama. Bincang dengan si dia bagaimana anda boleh dating ketika lunch hour. Mungkin dua hari anda ke pejabatnya manakala dua hari lagi dia pula ke pejabat anda. Usaha anda berdua ini akan mengukuhkan lagi hubungan anda berdua.

 APABILA SELEBRITI BERBICARA MENGENAI SEKS >>

Jadi Spontan

Ketika si dia bekerja sehingga lewat malam, tidak salah sekiranya anda membawa makan malam untuknya dan menemaninya di pejabat. Ataupun sekali-sekala cuba ‘kidnap’ pasangan anda untuk percutian sehari ke Port Dickson dan percayalah mungkin pada mulanya si dia akan merasa marah kerana mengganggu kerjanya. Akhirnya dia akan berterima kasih kerana anda telah mengurangkan tekanan kerjanya.

 MORAL DARIPADA FILEM HE’S NOT JUST THAT INTO YOU >>

Kahwin Sahaja!

Kalau susah sangat untuk berjumpa, apa kata kahwin sahaja? Walau sesibuk mana pun pasangan akan tetap pulang ke rumah dan anda masih ada peluang untuk bertemu. Sekiranya anda berdua sudah berkahwin, si dia seboleh-bolehnya akan cuba pulang awal kerana anda menantinya di rumah. Tambahan pula sekiranya anda berdua telah dikurniakan cahaya mata.

Komen Anda

*