Tour Terakhir Swedish House Mafia

Peminat muzik electronic dance di Malaysia cukup beruntung kerana berpeluang untuk menyaksikan persembahan terakhir Swedish House Mafia di One Last Tour mereka yang bertempat di Sunway Lagoon Surf Beach pada 18 Januari lalu. Kumpulan DJ yang terdiri daripada Axwell, Steve Angello dan Sebastian Ingrosso mengumumkan konsert jelajah terakhir mereka pada Jun lalu dan hampir keseluruhan tiket di destinasi jelajah mereka habis terjual.

6a0120a781885b970b017d3d6c06de970c 800wi Tour Terakhir Swedish House MafiaGambar: futureswag.com

Kumpulan DJ yang ditubuhkan pada tahun 2008 ini mula menghiburkan peminatnya pada jam 10 malam diiringi dengan bunga api, smoke machine dan konfeti untuk menambahkan lagi mood parti kepada penonton. Mereka turut memegang Jalur Gemilang ketika berinteraksi dengan para peminat.

whatsgoingonkl Tour Terakhir Swedish House MafiaGambar: facebook What’s Going on Kuala Lumpur

Walaupun hujan, 25,000 penonton setia menyaksikan persembahan pemenang Best Swedish Act di MTV Europe Music Awards dua tahun berturut-turut ini memutarkan rentak. Antara lagu dimainkan adalah hit mereka bersama Pharell dan Tinie Tempah, One dan Miami 2 Ibiza.

Swedish House Mafia 7 Tour Terakhir Swedish House MafiaGambar: sunshinekelly.com

Turut menghiburkan audiens yang hadir pada malam tersebut adalah DJ tempatan, Mr Fluff @ Bo Amir Ikram, DJ Nikki dan DJ Eclipse.

PARTI K-POP GEGAR MALAYSIA >>

KELINCAHAN HAYLEY WILLIAMS DI KL >>

PERJUANGAN HIP-HOP ALTIMET >>

JAY-Z DAN JT SUIT UP UNTUK LAGU BARU >>

Leave a comment

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

*